Total Pageviews

Saturday 5 October 2019

Belon meletup



 

Belon helium meletup, 16 mangsa melecur

 




PUTRAJAYA: Seramai 16 orang termasuk sembilan kanak-kanak melecur apabila belon berisi gas helium meletup selepas selesai Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Rosly Hassan, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.34 pagi tadi membabitkan sembilan mangsa kanak-kanak dan tujuh dewasa berusia antara empat hingga 30-an.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas tamat program berkenaan apabila ada pengunjung dan peserta program mahu mengambil belon digunakan pada gimik perasmian program itu untuk dibawa pulang.
“Siasatan mendapati terdapat tiga gugusan belon berwarna biru, kuning dan merah berisi gas helium yang terikat, cuba diambil pengunjung.
“Ada saksi berkata berlaku perebutan antara pengunjung di situ yang mahu mengambilnya dengan ada yang menggunakan gunting untuk memutuskan tali, selain ada individu lain menggunakan pemetik api.
“Penggunaan pemetik api itu menyebabkan belon meletup dan serpihan belon mengenai mangsa yang mengakibatkan mereka melecur,” katanya kepada media di Hospital Putrajaya di sini, hari ini.
Beliau berkata, tindakan membakar tali pengikat belon itu dipercayai dilakukan seorang lelaki dewasa susulan penemuan pemetik api di lokasi kejadian.
“Kita akan teruskan siasatan lanjut dan usaha mengesan lelaki terbabit sedang dijalankan. Kita juga meminta saksi lain yang melihat kejadian tampil membantu siasatan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya, Dr Khairul Nizam Hassan berkata, semua mangsa dalam keadaan stabil dan tiada yang kritikal.  
“Kumpulan pertama mangsa tiba untuk rawatan kecemasan pada jam 12.20 tengah hari sebelum disusuli mangsa lain.
“Mereka mengalami melecur tahap satu dan dua serta kesan melecur di bahagian berbeza pada setiap mangsa. Ada yang di kening, muka, kulit kepala dan tangan.
“Setakat ini enam pesakit memerlukan pemerhatian lanjut, manakala selebihnya akan dibenarkan pulang jika rawatan sudah selesai,” katanya.






KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menolak kemungkinan insiden belon meletup dalam satu majlis yang mencederakan beberapa orang semalam, berpunca daripada penggunaan gas selain helium.
Timbalan Perdana Menteri berkata, andaian itu dibuat atas perkiraan helium bukan gas yang mudah terbakar.
“Saya ada berbincang dengan menteri dan timbalan menteri pendidikan semalam untuk melihat sama ada insiden ini perlu diwujudkan garis panduan.
“Setahu saya, jika gunakan gas helium tiada apa (letupan) akan berlaku, tapi jika dicampur (gas lain) untuk mengurangkan kos, itu menyebabkan masalah.
“Kalau kita tahu ada penggunaan gas mudah terbakar, janganlah gunakan apa-apa api seperti pemetik api, vape atau rokok,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis serahan kunci rumah kepada mangsa kebakaran setinggan Pandan Jaya di sini, hari ini.
Beliau ditanya sama ada wujud keperluan merangka garis panduan tertentu bagi mengelakkan insiden belon meletup itu tidak berulang pada masa depan.
Yang turut hadir, EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Selangor, Izham Hashim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Abd Hamid Hussain.
Seramai 16 individu cedera apabila belon yang didakwa berisi gas helium meletup selepas perasmian Program Kecergasan Kementerian Pendidikan peringkat kebangsaan 2019 di Putrajaya, semalam.
Kejadian dipercayai pengunjung berebut memotong tali yang mengikat tiga gugusan belon termasuk menggunakan pemetik api.
Laporan BH hari ini memetik kenyataan pensyarah Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Yap Wing Fen, yang antara lain menjelaskan, penggunaan helium sepenuhnya dalam belon adalah selamat.
Helium berada di Kumpulan 18 (gas adi) dalam jadual berkala dan unsur dalam kumpulan ini tidak bertindak balas dengan sebarang unsur lain, melainkan berada dalam suhu dan tekanan sangat tinggi.
Dr Wan Azizah berkata, enam individu yang dirawat di Hospital Putrajaya dilaporkan stabil, namun hanya empat dibenarkan pulang, bergantung kepada doktor pakar.
“Dua lagi pesakit stabil, namun masih memerlukan rawatan lanjut, khususnya cucian luka di wad.
“Seorang kaunselor daripada pasukan sokongan psikologi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kini memberikan kaunseling trauma kepada mangsa,” katanya.





30 cedera belon berisi gas meletup

 

https://www.bharian.com.my/node/204422

 

KUALA TERENGGANU: Sekurang-kurangnya 30 peserta 'Walk For The Blind', termasuk kanak-kanak, cedera selepas belon berisi gas meletup dalam kejadian di Dataran Batu Buruk, di sini, jam 11.30 pagi tadi.
Kejadian dipercayai berlaku apabila penganjur program sempena Hari Penglihatan Sedunia Peringkat negeri itu menggunakan mancis untuk membuka ikatan tali belon yang berbelit.
Difahamkan, penganjur cuba membuka ikatan seikat belon, namun sukar kerana tali berkenaan terbelit, menyebabkan seorang daripada mereka menggunakan mancis untuk memutuskan tali.
Tindakan itu menyebabkan belon berisi gas hidrogen meletup sekali gus mengakibatkan mangsa tercampak dan melecur.
Tinjauan BH di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini mendapati sekurang-kurangnya 30 peserta program itu, termasuk kanak-kanak cedera.
Keluarga beberapa mangsa yang ditemui di HSNZ berkata, kebanyakan mangsa cedera di bahagian muka, kepala dan tangan.

 

 

https://www.bharian.com.my/node/204422

 

https://www.bharian.com.my/node/204567

 

KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan negeri kesal dan memohon maaf dengan kejadian letupan belon sehingga menyebabkan 31 peserta 'Walk For Blind' di Dataran Batu Buruk, di sini, pagi tadi, cedera.
Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Mohd Jusoh, berkata individu terbabit berniat baik kerana ingin memberi belon yang digunakan sebagai gimik perasmian itu kepada kanak-kanak yang menyertai program berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, malang tidak berbau apabila niat baiknya bertukar tragedi apabila belon itu meletup.
"Ketika ini, seramai tujuh mangsa terdiri daripada tiga dewasa iaitu seorang lelaki dan dua wanita, serta empat kanak-kanak (tiga lelaki dan seorang perempuan) ditahan di wad Hospital Sultanah Nur Zahirah kerana kecederaan serius akibat melecur sehingga hampir 20 peratus," katanya ketika dihubungi BH, sebentar tadi.
Beliau berkata, pihaknya menjalankan siasatan dengan kerjasama polis dan akan memastikan tragedi berkenaan tidak berulang.
Sementara itu Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman, meminta jabatan berkenaan mengemukakan laporan tragedi itu kepada kerajaan negeri.
Beliau yang ditemui selepas selesai menyaksikan sesi pembentangan Bajet 2017 di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir, Kuala Nerus berkata, beliau akan menziarah mangsa di HSNZ tengah hari esok.

 

 

https://www.bharian.com.my/node/204567

 

.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.