Kenapa Adam Corrie Lee Peluk Islam
Assalamualaikum
sahabat-sahabat. Saya ada banyak menerima msg dari sahabat-sahabat di FB yang
ingin tahu bagaimana saya boleh memeluk Islam. Saya ringkaskan di sini untuk
sahabat-sahabat budiman. Secara rasmi saya telah kembali
pada fitrah. Berasal dari keluarga cina yang menganuti agama Budha.
Saya
giat belajar mengenal Islam sebelum memeluk Islam lagi. Belajar bagaimana
solat, serba sedikit mengenai fardu ain. Saya telah mengucap 2 kali syahadah
sebagai Adam Corrie Lee bin Abdullah. alhamdulillah dengan hidayah yang diberi
di ketika usia 39 tahun. Impian pertama sebagai Muslim ialah ingin menjadi
tetamu-Nya.
Bagaimana boleh peluk Islam?
1.
Kaabah - saya suka tengok kaabah. Ia membuatkan saya tenang dan rasa ingin ke
sana.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
2. Bersahabat baik saya anak ustaz ketika kanak-kanak, selalu bawa saya ke masjid. suka akan akhlak dan cara hidup mereka.
3. Mencari pedoman dan kebenaran dalam hidup. Telah banyak agama saya kaji sebelum membuat keputusan balik pada fitrah.
Mendapat hidayah ketika di dalam mimpi setelah berdoa pada Allah sebelum tidur;
"Ya Allah! sekiranya Islam adalah
agama yang benar untuk aku pegang sepanjang hayat hayatku, Kau berikan lah
petunjuk pada aku Ya Allah."
Ketika
tidur saya telah bermimpi seperti berada di syurga, lalu didatangi seorang
yang bercahaya putih, mukanya bersih tersenyum.
Ia
memberi satu ketenangan yang amat ketika itu. Insan tersebut seperti
memberitahu Islam adalah peganganmu.
Alhamdulillah impian pertama selepas memeluk Islam, perkara pertama ingin saya lakukan selepas pandai solat 5 waktu ialah menjadi Tetamu Allah.
Alhamdulillah
dalam masa 10 bulan menjadi saudara baru, Allah telah menjemput saya menjadi
TetamuNya di Baitullah Makkah :)
Belajar
menghormati bangsa lain dan agama lain.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.