Total Pageviews

Friday, 8 May 2020

Manusia terhebat adalah yang tertinggi takwa

 

Manusia yang paling hebat adalah yang paling tertinggi tahap takwa nya

 

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

 

Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa. Ini jelas termaktub di dalam al Quran "Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).

Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, taqwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang yang  mensyirikkan Allah itu ( Contoh : Jika ada manusia  yang mempunyai perasaan takut kepada hantu, dan manusia mengatakan atau mengiktiraf hantu lebih besar dari Allah ) menjadi orang yang bertaqwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.  

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih taqwa adalah orang Islam bahkan orang tidak bertuhan tidak mampu meraih taqwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Jadi patut difahami dari ayat dan hadis di atas ialah persaingan untuk meraih taqwa adalah sesama orang Islam sementara orang tidak bertuhan sejak dari awal lagi terkeluar dari persaingan itu.

 

 

Taqwa penentu nikmat-Nya

Satu perkara yang sering dilupakan ialah, sebagaimana ukuran kemuliaan individu itu adalah taqwa, begitu juga sesebuah kelompok sama ada berdasarkan komuniti sesuatu tempat mahupun bangsa dan keturunan diukur kemuliaannya berdasarkan taqwa. Ini bermakna taqwa bukan setakat menjadi ukuran kemuliaan kepada individu tetapi juga ukuran kemuliaan kepada kelompok termasuk pelbagai bangsa yang diciptakan oleh Allah SWT.

Allah SWT pernah mengingatkan sekelompok penduduk kampung, keimanan, ketakwaan dan kekufuran mereka akan menjadi penentu kepada keseimbangan pengurniaan nikmat daripada-Nya.

Firman Allah SWT : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan. (QS al A’raf :96)

Berdasarkan kefahaman di atas, mana-mana bangsa yang individunya adalah Muslim maka individu itu adalah berpotensi untuk meraih taqwa tanpa mengira bangsa sama ada dia Cina, Rusia, Jepun, India, Mat Saleh, Atheis dsbnya.

 

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

 

.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.