Total Pageviews

Friday, 8 May 2020

Apabila aturan asal Allah & Rasul tidak diikut



 Apabila  aturan asal Allah & Rasul tidak diikut



 Wahai manusia yang lena terleka. Kamu jawablah sama Allah nanti kenapa kamu menyusahkan hal agama, walhal Islam itu mudah, lebih baik dipermudahkan yang sulit dan Islam itu indah?

Kenapa kamu menyusahkan pasangan yang mahu berkahwin, kamu mengada ada hukum dan perluan yang sama sekali tiada di zaman Rasullullah. 

Kamu adakan yang tiada dan kamu tiadakan yang ada. Kamu adakan pelbagai aturan, ikutan, tatacara  yang menyusahkan orang. 

Kamu susahkan wali sah yang mau mengahwinkan anaknya / saudara perempuannya di tempat pilihannya sendiri. Kamu suruh mereka kahwin dan kamu takluk mereka kepada aturan aturan yang tiada di zaman Rasullulah tapi kamu ada-adakan yang zaman Rasullulah dulunya adalah tiada. 

Kamu suruh mualaf daftarkan nama Islam mereka bagi memenuhi kehendak tertentu. Kamu paksa dan susahkan mereka tukar nama mereka kepada nama Islam dan tinggalkan nama asal mereka

Sedangkan mana mana manusia dengan mudahnya menjadi Islam di sisi Allah apabila sahaja mereka mengaku Allah itu Esa, tidak diperanakkan dan Jesus Christ atau mana mana dari ratusan ribu nabi itu adalah pesuruh Allah, tidak kira samada mereka telah mengistiharkan kepada kamu atau tidak.

















Patutlah dalam filem P. Ramlee ada scene orang minum arak !!!

Rupa rupanya di zaman itu, ada iklan menggalakkan umat Islam minum arak.
 











 
 
.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.