Stres di kalangan muallaf: Jangan pendam, rujuk pakar
https://www.yadim.com.my/v2/stres-di-kalangan-muallaf-jangan-pendam-rujuk-pakar/
RUTIN
hidup Abu setiap hari adalah sama seperti kebanyakan Melayu-Islam lain iaitu
selepas solat Subuh, sarapan, bersiap untuk ke tempat kerja, makan tengah hari,
solat Zohor, sambung kerja, waktu petang balik rumah, berehat bersama keluarga.
Sesekali semasa datang warak, baca al-Quran sementara menunggu Isyak.
Abu
beruntung kerana dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam yang bermakna
akidahnya bertuhankan Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul ikutan. Namun
persoalannya, adakah Abu dan Melayu-Islam lain selalu mengucapkan kesyukuran
kepada Allah kerana dianugerahkan nikmat Tauhid ini?
Berbeza
dengan individu lain yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama selain Islam,
meskipun semasa dilahirkan status mereka adalah sama iaitu suci bersih (fitrah)
tetapi ibu bapa mereka yang bertanggungjawab menentukan agama anutan.
h
kembali kepada Islam (revert), bukannya convert lebih suka digunakan oleh
masyarakat Eropah yang memeluk Islam.
Mereka tidak suka menggunakan perkataan convert kerana ia mempunyai konotasi
negatif seolah-olah Islam mempengaruhi seseorang manusia kepada kepercayaan
secara salah. Sedangkan memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia
itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan.
Apabila
saudara baru ini kembali kepada Islam, maka Melayu-Islam kenalah beri sokongan
padu kerana mereka telah melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup . Bukan
kaleng-kaleng tapi membabitkan soal masa depan mereka di akhirat kelak – menuju
ke syurga.
Peratusan
mualaf kembali kepada Islam saban tahun semakin meningkat, antaranya statistik
dikeluarkan Jakim bagi tempoh 1990 – 2004 sebanyak 82,530 daripada pelbagai
bangsa, etnik, budaya dan keturunan.
Memang
peningkatan ini memberangsangkan tetapi perlu diingatkan bahawa ia turut datang
berpakej dengan pelbagai cabaran yang mampu menggugat keteguhan iman mereka.
Seperti emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi,
perundangan dan sebagainya. Jika ia tidak ditangani sebaik mungkin, masalah
negatif lain bakal muncul iaitu stres yang membawa kepada masalah mental dan
paling teruk menambahkan statistik murtad.
Dr
Osman Chuah dalam tesisnya, ‘Interaction and Integration of Chinese Muslims
with their Malay Counterparts in Selangor’ pada 1997, antara lain membincangkan
tentang cabaranterpaksa dihadapi komuniti Cina Muslim selepas memeluk Islam.
Ia
seperti, stereotaip tidak sihat dalam keluarga bukan Muslim yang menganggap
menganut Islam bermakna masuk Melayu (Jip Huan) dan mereka yang kembali kepada
Islam dilihat sebagai pengkhianat bangsa. Perlu diakui bahawa tekanan ini maha
hebat!.
Permasalahan
ini antara intipati yang dibincangkan dalam program live streaming Talk Show
Yadim, Mutiara Minda Siri 9, 2020 bertajuk, “Kenali Stres, Bahaya dan Cara
Mengatasinya Untuk Mualaf.” Panelisnya ialah Prof. Dr Nuraisyah Chua Abdullah
dari Fakulti Undang-Undang UiTM dan Prof. Madya Dr Salmi Razali, pakar
Psikiatri Fakulti Perubatan UiTM yang dikendalikan oleh Dr Johari Yap, Naib
Presiden Peratuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) sebagai moderator.
Prof
Nuraisyah yang memeluk Islam pada 1994 semasa belajar di sekolah menengah
memaklumkan bahawa permasalahan yang dihadapi oleh mualaf berbeza antara satu
sama lain dan mengikut pelbagai fasa tertentu.
“Petua saya sejak dari dahulu ialah
kena latih diri supaya sentiasa cekal, jangan jadikan diri ‘lemah’ kerana ia
bakal menjejaskan usaha untuk menguatkan diri sendiri. Kena
cari kumpulan sokongan tapi pada masa sama jangan terlalu meletakkan
pergantungan sepenuhnya kepada orang lain.
“Tips
kurangkan stres saya mudah, selalu senyum kerana apabila orang lain nampak kita
stres dan perasan dengan keadaan itu, menyebabkan kita bertambah jadi lebih
stres. Bunyi macam mudah tapi hakikatnya agak sukar kerana mualaf telah memilih
sesuatu yang amat besar dalam kehidupan iaitu tukar agama dan gaya hidup,”
katanya.
Dalam
pada itu, Prof. Madya Salmi ketika ditanya adakah terdapat statistik khusus
mengenai kumpulan mualaf yang mengalami stres hingga menghadapi masalah mental,
menjelaskan:
“Setakat
ini tiada lagi kajian atau statistik khusus tentang mualaf lebih mudah terkena
stres hingga membawa kepada masalah lebih serius iaitu mental. Sebenarnya bukan
mualaf sahaja boleh stres, dalam keadaan situasi semasa sekarang sesiapa sahaja
tidak terkecuali daripada masalah stres ini.”
Nasihat
beliau kepada sesiapa sahaja termasuk mualaf jika mengalami masalah stres,
jangan segan atau malu untuk merujuk kaunselor bertauliah bagi mencari
penyelesaian terbaik.
“Jangan
pendam, kongsilah masalah, Insya Allah ia mampu meredakan tekanan. Apa yang
menjadi masalah, ramai sanggup rujuk media sosial, you tube tapi enggan jumpa
kaunselor. Tak tahu? sila rujuk portal Lembaga Kaunselor Malaysia untuk kenal
pasti nama kaunselor bertauliah di setiap negeri.
“Boleh
juga rujuk klinik kesihatan daerah yang mempunyai kaunselor dan jika masalah
stres agak serius, boleh juga pesakit itu dirujuk kepada pakar psikiatri. Kata
kuncinya adalah jangan malu dan jangan pendam,” katanya.
Menyentuh
mengenai sokongan sokongan moral kepada mualaf, penulis amat tertarik dengan
pelajar mualaf OKU cacat penglihatan yang mengikuti pengajian peringkat diploma
tahfiz di Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Bharu, Tan Mike Fong. Beliau yang
berusia 23 tahun dan telah memeluk Islam sejak empat tahun lalu tinggal di
asrama DQ tetapi ibunya yang beragama Buddha menghormati pilihannya itu.
Penulis
yang sering melawat anak di DQ pada hujung minggu amat tersentuh apabila sering
melihat ibu Mike datang untuk menguruskan keperluan anaknya itu – ambil
baju-baju kotor, bawa bekalan makanan dan bertanya khabar. Allahuakbar hebatnya
hubungan itu, terpancar keikhlasan, kejujuran dan hubungan kasih sayang jitu
antara mereka berdua.
Kita
macam mana? Manfaatkan sebaik mungkin hubungan saudara seagama ini, sokong dan
bantulah mereka tangani stres. Insya Allah ganjarannya nanti amat besar. Hasil
tuaiannya bukan sahaja di dunia tapi bakal melangkau hingga ke akhirat.
Tarmizi
Abdul Rahim ialah mantan Ketua Meja Agama di Utusan Malaysia
Berpengalaman
luas sebagai wartawan, kini menyumbangkan penulisannya di pelbagai platform.
https://www.yadim.com.my/v2/stres-di-kalangan-muallaf-jangan-pendam-rujuk-pakar/
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.