ALOR
SETAR 17 Mac - Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan yang melecur selepas menggunakan
ubat diberikan sebuah klinik swasta di sini pada 16 Februari lalu meninggal
dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal pagi tadi. Bayi malang itu,
Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi HSB pada
pukul 1.25 pagi.
Jenazah
Muhammad Nasrullah dikebumikan di perkuburan Islam Masjid Pematang Buluh, Kota
Sarang Semut dekat sini pada pukul 9 pagi tadi. Pada 1 Mac lalu, akhbar ini
melaporkan seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit
ruam bayinya yang berusia lapan bulan sehingga menyebabkan kulit di seluruh
tubuh anaknya melecur.
Khairul
Nizam Lebai Jusoh, 41, mendakwa, dia membawa bayinya, Muhammad Nasrullah ke
klinik berkenaan pada 16 Februari lalu untuk mendapatkan rawatan penyakit ruam
yang dialami anaknya itu di bahagian paha dan perut.
ALOR
SETAR - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan yang melecur seluruh tubuh
didakwa akibat menggunakan ubat diberikan oleh sebuah klinik swasta di sini
pada 16 Februari lalu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) awal
pagi semalam. Bayi malang itu, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia
di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HSB pada pukul 1.25 pagi selepas lebih
sebulan bertarung nyawa.
Menurut
bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, anaknya itu dimasukkan ke PICU sejak 10
hari lalu dan difahamkan darah dalam badan Muhammad Nasrullah telah dijangkiti
kuman.
"Kira-kira
pukul 11.30 malam semalam (kelmarin) doktor memaklumkan yang anak saya mungkin
hanya dapat hidup dalam tempoh dua jam sahaja. Daripada situ saya sudah
bersedia dan reda dengan ketentuan Ilahi," katanya ketika ditemui di rumah
keluarga mertuanya di Kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut di sini semalam.
Tambah
Khairul Nizam, berdasarkan surat daftar kematian, Muhammad Nasrullah meninggal
dunia disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
"Saya
akan berbincang dengan ahli keluarga lain sama ada perlu atau tidak untuk
mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta tersebut bagi
mengelakkan kes sama berulang ke atas orang lain," ujarnya.
Sementara
itu, isterinya, Nur Shazira Mohd. Salleh, 23, berkata, dia mula rasa tidak
sedap hati apabila berat badan anak mereka turun secara mendadak iaitu dari 9.6
kilogram (kg) kepada 6.3 kg dalam tempoh 10 hari. Jenazah Muhammad Nasrullah
selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Buluh, di sini
kira-kira pukul 9 pagi semalam. Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan negeri,
Datuk Dr. Ismail Abu Taat berkata, jangkitan kuman dalam darah yang dialami
bayi tersebut adalah dari kulitnya.
Pada
2 Mac lalu, Kosmo! melaporkan seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit ruam bayinya
sehingga menyebabkan kulit di seluruh tubuh bayi tersebut melecur
.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.