Kakitangan Hospital Cuai
BALIK PULAU (Pulau Pinang):
Seorang kanak-kanak perempuan
berusia tiga tahun terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam selepas Hospital
Pulau Pinang (HPP) didakwa tersilap memberinya ubat sakit telinga untuk
dititiskan di matanya. Nurqistina Qalysha Azmi,
yang mengalami radang pada kedua-dua matanya, menggelupur kesakitan selepas
ubat berkenaan dititiskan ke mata kanannya, baru-baru ini. Ibunya, Cik Noorliza
Abd Razak, 34 tahun, berkata anaknya mengalami radang mata sejak enam bulan
lalu dan beberapa kali mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun
penyakitnya berlanjutan.
Beliau kemudian
membawa anaknya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan di Bayan Baru dan doktor
di situ meminta mereka merujuknya kepada doktor pakar di Hospital Pulau Pinang
(HPP). 'Kami diberi surat rujukan meminta anak saya dirawat
doktor pakar tetapi apabila tiba ke HPP, Nurqistina hanya menerima rawatan
pesakit luar.
'Anak saya kemudian
diberi ubat titis dikenali 'Enclor' di kaunter farmasi dan keesokan harinya,
saya menitiskan ubat itu ke matanya. Secara tiba-tiba, anak saya menggelupur
kesakitan serta mengadu matanya seperti dibakar. 'Saya ke HPP semula dan
merujuk perkara itu kepada petugas di farmasi yang memaklumkan Enclor bukan
ubat sakit mata tetapi bagi merawat sakit telinga.
'Bimbang dengan
nasib anak, saya membawanya berjumpa seorang lagi doktor HPP dan terkejut
apabila diberitahu bahawa label ubat itu mungkin salah dilekatkan dan tidak
sepatutnya diberi kepada Nurqistina,' dakwanya ketika ditemui di kediamannya di
Jalan Bharu, dekat sini, kelmarin.
Sementara itu,
Pengarah HPP, Dr Yasmin Sulaiman, ketika dihubungi berkata pengadu perlu
membuat aduan di HPP dan membawa ubat diberikan doktor terbabit bagi memudahkan
siasatan. -- BHM.
SALAH
UBAT: Nurqistina menunjukkan ubat telinga yang diberi bagi merawat matanya,
yang diberi farmasi dari Hospital Pulau Pinang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.