Total Pageviews

Thursday 31 August 2017

Doktor Minta Rasuah





 

Doktor Tentera didakwa minta dan terima rasuah RM700,000 !

 


SHAH ALAM – Seorang Ketua Makmal Patologi berpangkat Kolonel di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap dua pertuduhan iaitu meminta dan bersetuju menerima suapan RM700,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembekal perubatan swasta.

Kolonel Dr. R. Kunaseegaran, 50, didakwa secara rasuah meminta wang tunai RM700,000 daripada pemilik RAZ Medical Supplies, Abdul Razar Abdullah melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada telefon bimbit milik tertuduh pada pukul 11.58 pagi, 29 Ogos lepas.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima wang tunai berjumlah RM700,000 daripada Abdul Razar di hadapan Empire Gallery Subang Jaya dekat sini pada pukul 5.15 petang, 3 September lepas. - KOSMO!



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.