Total Pageviews

Thursday, 31 August 2017

Bekas atlet pecut menang kes saman





Bekas atlet pecut menang kes saman pakar ortopedik



GEORGETOWN: Seorang bekas atlet pecut Pulau Pinang, hari ini memenangi kes saman terhadap seorang pakar ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada tahun 2005.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Azmi Ariffin, membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Nor Azleen Mohammad Mustafa, 25, terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Omar Md Isa selaku defendan dan memerintahkan ganti rugi RM510,000 dibayar kepada plaintif.
Azmi ketika membuat keputusan itu memerintahkan defendan membayar ganti rugi am RM500,000 dan RM10,000 bagi ganti rugi malu.
Nor Azleen diwakili peguam N Ahilan manakala PPUM diwakili oleh G K Ganesan dan N Sharmini.



Bekas pelari pecut menang kes saman doktor

GEORGETOWN - Seorang bekas pelari pecut Pulau Pinang hanya mampu menitiskan air mata, semalam selepas memenangi kes saman terhadap seorang pakar ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 2005.

Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Nor Azleen Mohammad Mustafa, 26, terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Omar Md Isa selaku defendan dan memerintahkan ganti rugi RM639,818.75 dibayar kepada plaintif.

Azmi ketika membuat keputusan itu memerintahkan defendan membayar ganti rugi am dari tarikh writ difailkan dan faedah bagi ganti rugi khas dari tarikh pembedahan.

Dalam mahkamah, Nor Azleen memberitahu beliau mengalami trauma psikologi dan emosi apabila mengetahui akibat kecuaian dalam pembedahan berkenaan, beliau kehilangan peluang menjadi atlet.

Menurutnya, dia trauma akibat lumpuh dan berdepan kesakitan yang menyebabkan dia menjadi lemah kawalan di bahagian tempat membuang air kecil dan usus.

“Akibat kecuaian ini, saya tidak dapat berdiri atau duduk untuk jangka masa lama dan perlu jalani rawatan fisioterapi bagi jangka masa panjang selain tiada prospek pekerjaan dan perkahwinan,” katanya.

Ibunya, Zainab Hashim berkata, berapa pun jumlah pampasan diberikan tidak bermakna dengan hilang upaya anaknya akibat pembedahan tulang belakang.

Menurutnya, walaupun jumlah pampasan dimenangi adalah sebahagian kecil dari jumlah pampasan difailkan, tetapi dia bersyukur apabila memikirkan wang itu akan membantu masa depan anaknya.

“Saya sudah berusia 57 tahun, apa yang akan berlaku kepadanya ketika kehilangan bapa dan saya pada masa akan datang," katanya.
Bagaimanapun, dalam penghujahan, Nor Azleen yang diwakili N Ahilan berkata, pembedahan yang dilakukan ke atas anak guamnya telah membawa kerosakan saraf sehingga menyebabkan anak guamnya lumpuh dari pinggang ke bawah.

PPUM diwakili oleh G K Ganesan dan N Sharmini.





Bekas atlet menang kes saman cuai


Georgetown: Bekas atlet pecut Pulau Pinang hari ini memenangi kes saman terhadap pakar ortopedik Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada 2005.
Hakim Mahmakah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Azmi Ariffin membuat keputusan itu selepas membenarkan saman dikemukakan Nor Azleen Mohammad Mustafa, 25, terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Omar Md Isa selaku defendan.
Sehubungan itu, Azmi memerintahkan ganti rugi RM510,000 dibayar kepada plaintif.
Azmi ketika membuat keputusan itu memerintahkan defendan membayar ganti rugi am RM500,000 dan RM10,000 bagi ganti rugi malu.
Nor Azleen diwakili peguam N Ahilan manakala PPUM diwakili oleh G K Ganesan dan N Sharmini.




Bekas Atlet Remaja Kebangsaan Menang Kes Saman Berhubung Kecuaian


PUTRAJAYA– Bekas atlet remaja kebangsaan Nor Azleen Mohammad Mustafa menang kes tuntutan saman di Mahkamah Rayuan di sini Isnin berhubung kecuaian semasa menjalani pembedahan tulang belakang pada 2005.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membenarkan rayuan Nor Azleen untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak tuntutan samannya terhadap Dr Omar Md Isa daripada Jabatan Ortopedik Fakulti Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). 

Dalam penghakimannya, Hishamudin mendapati Dr Omar, yang melakukan pembedahan membetulkan tulang belakang Nor Azleen, 23, secara profesional telah melakukan kecuaian. 

Beliau juga mendapati PPUM, hospital iaitu tempat Dr Omar bertugas, bertanggungjawab secara tidak langsung. Hakim Hishamudin mengarahkan kes itu dirujuk balik ke Pendaftar Mahkamah Tinggi untuk pentaksiran ganti rugi yang ditetapkan pada 11 Ogos.

Panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Mohd Zawawi Salleh. Mahkamah juga mmemerintahkan Dr Omar dan PPUM membayar kos perundangan sebanyak RM30,000 kepada Nor Azleen, atlet pecut 100 meter yang mewakili Pulau Pinang dan Malaysia pada kejohanan remaja. 

Nor Azleen menyaman kedua-dua pihak itu selepas mengalami kerosakan saraf yang menyebabkan dia lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa menjalani rawatan fisioterapi untuk tempoh yang lama berikutan pembedahan tulang belakang pada 3 Sept, 2005. 

Sehingga hari ini, dia belum sembuh sepenuhnya dan antara lain dia menghadapi masalah untuk mengawal sistem pembuangan air kecil dan besar serta mengalami lemah pada anggota badan sebelah kiri. Beliau memohon ganti rugi sebanyak RM3 juta, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah. Nor Azleen diwakili peguam Dr N. Ahilan manakala Dr Omar dan PPUM diwakili peguam G.K. Ganeson dan Sharmini Navaratnam.



Bekas atlet pecut wanita menang rayuan kes saman pakar ortopedik

Bekas-atlet-pecut-wanita-menang-rayuan-kes-saman-pakar-ortopedik

PUTRAJAYA 21 Julai - Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan bekas atlet pecut, Nor Azleen Mohammad Mustafa yang menyaman seorang pakar ortopedik dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang didakwa cuai ketika melakukan pembedahan membetulkan tulang belakangnya pada tahun 2005.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Balia Yusof Wahi dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh turut memerintahkan kedua-dua responden membayar kos RM30,000.
Kuorum berkenaan memerintahkan taksiran ganti rugi dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang. Tarikhnya telah ditetapkan pada 11 Ogos depan.
Panel tersebut sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 November 2012 yang menolak tuntutan saman RM3 juta terhadap Pakar Perubatan Jabatan Ortopedik, Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr. Omar Md. Isa dan PPUM.
Nor Azleen, 23, merupakan bekas atlet pecut Pulau Pinang dan pernah menyertai acara 100m, 200m dan 4x100m dalam Kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) 2004 dan 2006 serta merupakan atlet pelapis remaja kebangsaan yang menyertai banyak kejohanan olahraga terbuka sebelum menjalani pembedahan.
Hakim Mohd. Hishamudin dalam keputusan itu berpuas hati bahawa pakar tersebut selaku defendan pertama telah dibuktikan melakukan kecuaian ketika menjalankan pembedahan tersebut.
Panel itu turut berpendapat, PPUM selaku defendan kedua bertanggungjawab memikul liabiliti yang diwakilkan kepadanya (vicarious liability).
Noor Azleen ditemani keluarganya hadir ke mahkamah bagi mendengar rayuan tersebut. Dia diwakili oleh peguam N. Ahilan manakala PPUM diwakili oleh G.K. Ganesan dan N. Sharmini.
Bekas atlet itu menghadapi komplikasi saraf tunjang akibat luka terkena alat yang digunakan ketika pembedahan menyebabkannya lumpuh dari pinggang ke bawah dan terpaksa menjalani fisioterapi dalam tempoh yang lama.
Berikutan insiden itu, Nor Azleen terpaksa memakai alat sokongan sehingga tulang belakangnya menjadi keras selain tidak boleh terlibat dengan sebarang acara sukan.
Sementara itu, Ahilan memberitahu pemberita, Nor Azleen sehingga kini masih belum dapat berjalan dengan baik kerana kedua-dua kakinya tidak kuat selain sukar mengawal sistem pembuangan air kecil dan besar akibat luka pada saraf tunjang.
Nor Azleen dalam tuntutan samannya memohon defendan membayar ganti rugi am sebanyak RM3 juta, faedah, kos dan relif-relif selanjutnya yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Gadis tersebut lahir dalam keluarga yang berbakat dalam sukan kerana bapanya, Mohammad Mustafa Nagoor Gani, 55, merupakan bekas jurulatih bola sepak Pulau Pinang manakala dua adik beradiknya merupakan bekas pemain hoki dan bola sepak negeri.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.