Klinik Gugur Janin
Banting: Klinik
yang menyediakan khidmat menggugur janin secara haram di daerah ini bukan saja
menerima kunjungan pasangan kekasih termasuk remaja, malah lebih mengejutkan
ada antara ‘pelanggan’ membabitkan budak perempuan berusia 12 tahun ditemani
ibunya. Itu
pendedahan dibuat seorang bekas pekerja klinik berkenaan yang mengambil
keputusan berhenti kerja selepas tidak mahu lagi terus bersubahat dengan
perkhidmatan yang melanggar hukum Tuhan dan manusia itu. Wanita itu yang mahu
dikenali sebagai Ariana, 30-an, berkata, dia juga insaf kerana seakan-akan
menerima ‘balasan segera’ daripada Allah apabila tiga kali keguguran serta
sukar mendapatkan zuriat selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.
“Sebagai seorang Islam, saya rasa seperti
bersubahat ketika bekerja di situ, malah jika ditanya tempat bekerja, saya
terpaksa menipu untuk mengelak daripada dipandang serong masyarakat sekeliling.
“Ini kerana kebanyakan penduduk di daerah ini sudah tahu yang klinik berkenaan
amat dikenali kerana menawarkan khidmat menggugurkan janin secara haram,”
katanya.
Ariana yang bekerja lebih lima tahun di
kilinik itu berkata, pada mulanya dia langsung tidak tahu mengenai khidmat
menggugurkan janin ditawarkan majikannya dan menyangka ia seperti klinik lain
yang menawarkan rawatan perubatan biasa. Sehinggalah satu hari selepas beberapa
bulan bekerja saya sendiri berdepan situasi itu buat kali pertama apabila didatangani
oleh pasangan yang bertanyakan ingin menggugurkan janin. Selepas itu boleh
dikatakan hampir setiap hari ada sahaja pasangan yang datang untuk mendapatkan
perkhidmatan menggugurkan kandungan. Ariana diarahkan memberi penerangan
bagaimana prosedur itu dilakukan serta kadar bayaran. Paling mengejutkan, saya
pernah didatangi budak berumur 12 tahun yang hadir beserta ibunya bertujuan
menggugurkan kandungan. Kandungan budak
ini masih muda iaitu masih sebulan tetapi emaknya tiada cukup wang untuk
membayar lantas mencagarkan barang kemas.
Ariana juga pernah membantu doktor klinik
berkenaan melakukan pengguguran haram dan terkejut kerana prosedur pengguguran
dilakukan tanpa prosedur aseptic atau basmi kuman mengikut SOP yang betul. Menurut
Ariana, Ultrasound tidak digunakan tetapi cukup dengan kaedah palpasi tangan
untuk melihat retain product of conception (POC). Proses hanya memakan masa 30
minit. Kadar bayaran RM 1500 jika 3 bulan ke bawah manakala RM2500 jika janin
sudah 5-6 bulan.
Alatan perubatan lama digunakan utk
menggugurkan kandungan dan tidak ikut piawai kebersihan sebenar. Kadang kala
gegelung tertinggal dalam rahim pesakit tetapi doktor tidak didakwa kerana
pesakit sudah diarah menandatangani perjanjian tidak akan mendakwa doktor sekiranya
berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini. Ariana dan pembantu lain tidak
dibenarkan melapor sebarang medical
negligence yang dilakukan oleh doktor tersebut semasa operasi pengguguran
dijalankan kepada keluarga atau pesakit tersebut. Proses membersihkan rahim
selepas pengguguran dilakukan secara ringkas dan antibiotik tidak diberi.
Sekiranya terdapat sisa janin atau uri yang masih lagi tertinggal di dalam
rahim, pesakit akan mengalami pendarahan teruk dan juga dapat jangkitan kuman
yang boleh membawa kepada kematian ibu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.