KOTA
BHARU - Seorang wanita mendakwa ubat yang dimakan selepas menjalani rawatan
hemodialisis di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini pada 16
Januari lalu menjadi punca tubuh badannya mengelupas termasuk sukar membuka
mata.
Ketika
ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Cempaka dekat sini semalam, wanita
malang itu, Normah Husin, 47, tidak henti-henti menggaru kulitnya.
"Saya
tak boleh buka mata malah mulut pun sudah membengkak selain gatal satu badan
sehingga kelihatan seperti sisik ikan. "Perubahan ini berlaku selepas saya
memakan beberapa jenis ubat yang diberi pihak HRPZ II tempoh hari selepas
menjalani rawatan hemodialisis," katanya.
Menurut
Normah, ekoran penyakit barunya itu, suaminya, Dzulkifli Rofeen, 52, telah
membawanya semula ke hospital berkenaan untuk diperiksa dan dia dimasukkan ke
wad kecemasan pada 25 Januari.
"Pakar
kulit HPRZ II menyuruh saya berhenti serta-merta mengambil ubat-ubat yang
dibekalkan sebelum ini. "Doktor tersebut kata, salah satu daripada ubat
yang dibekalkan itu mungkin bukan untuk saya atau dalam erti kata lain, HPRZ II
tersalah beri ubat," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.