Malaysia mungkin
dilanda gempa bumi
Malaysia ada
kebarangkalian dilanda gempa bumi
2012/12/15
KUALA LUMPUR: Terdapat kebarangkalian Malaysia dilanda
gempa bumi pada masa hadapan sungguhpun negara ini terletak di luar kawasan
Lingkaran Api Pasifik, kata seorang penyelidik hari ini.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul, berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.
Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Felix Tongkul, berkata berdasarkan kajian, pihaknya mendapati Malaysia berkemungkinan dilanda gempa bumi pada kekuatan sederhana iaitu 6.0 pada skala Richter pada masa hadapan.
"Daripada
kajian yang kita lakukan, Malaysia mungkin tidak akan ditimpa gempa bumi
berskala kuat, tetapi setakat rekod yang kita ada negara mungkin ditimpa gempa
bumi berskala sederhana.
"Gegaran
pada tahap itu sudah cukup untuk merosakkan bangunan dan harta benda,"
katanya kepada Bernama pada akhir Seminar Teknikal Kebangsaan Gempa Bumi dan
Tsunami anjuran Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) di sini.
Dr
Felix berkata bagaimanapun gempa bumi berkekuatan sederhana itu diramal berlaku
di beberapa kawasan tertentu sahaja dan bukan di seluruh negara. "Seperti
yang kita sedia maklum ada beberapa kawasan di negara ini yang sering mengalami
gegaran apabila berlaku gempa bumi kuat di negara jiran seperti di kawasan
Kundasang, Ranau dan Lahad Datu di Sabah. Kawasan-kawasan ini mungkin berpotensi
dilanda gempa bumi sederhana itu," katanya.
Dr
Felix yang juga profesor dalam bidang Geologi di Akademi Sains Malaysia berkata
kajian yang dijalankan oleh ahli geologi juga mendapati kawasan Bukit Tinggi di
Pahang turut berpotensi mengalami gempa bumi sederhana. Sehubungan itu, katanya
masyarakat harus sentiasa bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku gegaran
pada masa akan datang.
Katanya
gempa bumi paling kuat yang direkodkan di Malaysia setakat ini ialah gempa bumi
sederhana pada kekuatan 5.8 skala Richter di Lahad Datu Sabah pada 1976 yang
mengakibatkan banyak harta benda rosak serta bangunan retak.
Sementara
itu, JMM mendapati Malaysia mengalami lapan gegaran akibat 22 gempa bumi kuat
di negara jiran sepanjang tahun 2012. Kedudukan Malaysia yang berjiran dengan
negara di zon lingkaran gempa bumi menyebabkan Malaysia turut tidak terkecuali
daripada terpalit sama merasai gegaran gempa bumi. Justeru JMM telah membuat
beberapa kajian mengenai kesan gempa bumi dan hasil kajian sedang diteliti di
samping pemantauan dari semasa ke semasa bagi membolehkannya bertindak dengan
pantas sekiranya ada kawasan yang dilanda gempa bumi. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.