Total Pageviews

Saturday, 26 August 2017

Gadis 13 tahun dapat ganti rugi 132 juta

Gadis 13 tahun dapat ganti rugi 132 juta


London – Seorang gadis remaja berusia 13 tahun, Maisha Najeeb dari Ilford menerima ganti rugi sebanyak RM 132.8 Juta atau 24 pounds selepas pakar perubatan di Hospital Great Ormond Street menyuntik otaknya dengan gam secara tidak sengaja, lapor akbar MailOnline.

Keputusan ganti rugi diputuskan hakim berhubung kejadian yang berlaku dalam 2010. Ketika itu, Maisha Najeeb menghidap penyakit saraf arteri. Doktor menggunakan suntikan gam itu untuk memantau pengaliran darah. Suntikan gam itu telah menyebabkan Maisha Najeeb mengalami kerosakan otak kekal.

Bapa remaja ini, Sadir  berharap kes ini akan menjadi pengajaran kepada semua pihak termasuk keluarga lain. Pakar2 perubatan mengatakan Maisha Najeeb mampu hidup sehingga berusia 64 tahun namun beliau memerlukan penjagaan rapi.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.