Total Pageviews

Thursday, 31 August 2017

Perangai Dr yang kita tidak suka



Perangai Dr yang kita tidak suka


Kita tidak suka kepada pengampu, kaki bodek dan mereka yang membesarkan dunia lebih dari akhirat. Kita tidak suka kepada individu yang berbual kosong tetapi tidak memberi manfaat kepada manusia lain atau kepada alam ini. Kita sangat benci kepada manusia yang mengambil untung daripada kesusahan manusia lain terutama dari pesakit kanser. 

Erti kata lain yakni, manusia yang mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain dan juga manusia yang menipu manusia lain untuk mengumpul kekayaan semata mata hanya bagi dirinya sahaja.

Terdapat doktot yang menjual mc. Ada juga yang menjual antibiotik tiruan tetapi mengenakan cas antibiotik asli (original) kepada anda. Ada juga doktot yang mengenakan cas consultation setinggi RM60 pada waktu pagi working day kepada anda hanya untuk anda melihat mereka selama tidak sampai 5 minit!!! Bayangkan kalau melihat 12 pesakit dalam satu jam = 12x60 = RM720/- Kalau doktot ini bekerja 10 jam sehari = 720x10 = RM7200/hari!!! Sebulan = 7200x30 = RM216000/bulan!!! Setahun = 216000x12 = RM 2,592,000/tahun hanya dari duit konsultasi saja belum cas ubat mereka lagi !!! 

Semua mereka memeras duit anda serta mengambil kesempatan ke atas anda tanpa belas kasihan jadi anda kena berhati hatilah…

Doktot ini hanya memikirkan untung cepat mereka sendiri saja. Baru baru ini terjadi kepada keluarga ana sendiri yang membawa anak untuk dapatkan rawatan. 

Ana tahu ubatnya tetapi sengaja bawa anak untuk pendapat kedua. Cas pakarnya RM60 untuk tak sampai 5 minit bersembang. Kos ubat pula tambahan lagi sebanyak RM 270++ sedangkan ubat yang ana mau adalah ubat original aciclovir (Zovirax 200mg GlaxoSmithKline). 

Tetapi ana diberikan ubat bukan original (Acyclovir Virless 800mg) yang kosnya dengan ubat ubat basic lain (calamine lotion, PCM dan cetirizine) sehingga menjangkau dekat RM300… Biasanya ubat bukan ori jauh lebih murah dari ubat ori tetapi ini sebaliknya pula yang berlaku!!!


Tidak puas hati betul dengan kadar bayaran yang tak masuk akal. Sekiranya doktot ini betul betul professional, kenapa tidak keluarkan mc untuk anak ana? 

Juga kenapa tidak berikan ubat yang lebih kecil saiz biji (ubat original adalah lebih kecil dan kurang pahit) untuk anak ana ambil?

Kenapa juga doktot ini bagi high dose untuk kanak kanak??? Ubat yang doktot pakar kanak kanak bangang ni bagi adalah berbiji besar bersaiz adult! Pahit serta susah untuk anak ana yang masih kecil untuk menelannya!!! 

Nama pusat rawatan dan doktor pakar ini eloklah ana rahsiakan semoga kejadian ini jadi iktibar kepada kita semua

.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.