Total Pageviews

Wednesday 2 August 2017

Malaysia berisiko hadapi gempa bumi



Malaysia berisiko hadapi gempa bumi





KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa Sabah dan Sarawak berisiko menghadapi gempa bumi sederhana manakala Semenanjung Malaysia pula berisiko menghadapi gempa bumi rendah. Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof, berkata perkara itu berdasarkan Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia yang dilaksanakan dan disiapkan pada 2009 oleh Akademi Sains Malaysia (ASM). Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, sejak September hingga November tahun ini, beberapa gegaran lemah kurang daripada magnitud 4, dirasai di Beluran, Kota Marudu, Kudat dan Tambunan di Sabah. "Ini menunjukkan di Malaysia berlaku gempa bumi tapi pada kadar yang sederhana dan rendah," kataya ketika menjawab soalan Ir Hamim Samuri (BN-Ledang) yang ingin mengetahui kajian terbaharu yang dilakukan berkaitan risiko kejadian gempa bumi di Malaysia.

Kajian Risiko dan Bahaya Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia dibiayai dengan peruntukan sebanyak RM3.378 juta melibatkan Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JGM), Universiti Putra Malaysia (UPM, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Fadillah berkata, melalui inisiatif JMM, sebanyak 25 Pengesan Pergerakan Kuat dipasang di seluruh Malaysia termasuk 10 di Lembah Klang di samping 17 unit Pengesan Pergerakan Lemah bagi memantau segala kejadian gempa bumi. "Pada 2014, kita mengharapkan akan dapat memasang 20 lagi termasuk membekalkan pemasangan di Sarawak. Dengan adanya peralatan ini, kita harap dapat memantau keseluruhan berlakunya gerak gempa bumi di semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak," katanya. Fadillah berkata, lima kumpulan telah diwujudkan terdiri daripada anggota dalam bidang kepakaran masing-masing dengan kerjasama agensi berkaitan antaranya kumpulan kerja pemantauan gempa bumi dan sesar aktif dan
kumpulan kerja membangunkan kod reka bentuk bangunan.

Sementara itu, beliau berkata, beberapa syor serta pelan tindakan telah digariskan dalam menghadapi kemungkinan risiko gempa bumi, antaranya memasang peralatan seperti Sistem Kedudukan Global dan pengesan seismik di sepanjang sesar-sesar aktif dan mempertimbangkan penggunaan penahan getah asli seismik yang dihasilkan oleh Institut Getah Malaysia dalam membina projek prasarana penting terutama di zon berisiko tinggi terhadap gempa bumi. - BERNAMA

Gempa bumi sederhana landa wilayah kepulauan Filipina
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Wilayah Kepulauan Filipina pada 8.43 pagi tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 242 kilometer (km) timur laut Tacloban City, Filipina dan 1193 km timur laut Sandakan, Sabah. Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

Punca rencana klik disini:


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.