Seorang ahli
perniagaan terkenal Malaysia menjalani pembedahan di republik ini kerana
disyaki menghidap kanser, tetapi kemudian mendapati dia tidak menghidap
penyakit itu. Dia kini menyaman Pusat Kanser Nasional Singapura (NCC) dan
konsultan kanan di pusat itu kerana kerugian dialami.
Datuk Seri Hii Chii
Kok, 54, yang menetap di Kuala Lumpur, semalam mendakwa, pusat terbabit gagal
memberikan nasihat sewajarnya, tidak memberi pertimbangan terhadap keputusan
pelbagai ujian lain dan gagal memaklumkan kepadanya mengenai penyakit itu.
Kedua-dua defendan menafikan dakwaan itu dan menjelaskan dalam dokumen mahkamah
yang difailkan, mereka tidak pernah memberitahu Hii yang dia menghidap kanser
pankreas. Mereka menegaskan terdapat pelbagai pendapat pakar lain menunjukkan
bahawa dalam kesnya, kanser tidak dapat dielakkan dan pembedahan adalah
disyorkan.
Hii adalah Pengarah
Urusan syarikat senaraian awam di Kuala Lumpur, Kumpulan Universiti SEGi dan
Pengerusi Eksekutif syarikat pelaburan persendirian, Kumpulan HCK Capital.
Pada Jun 2010
selepas menjalani pemeriksaan kesihatan di Malaysia, Hii dirujuk ke NCC, di
mana dia dinasihatkan menjalani rawatan imbasan bagi memastikan ‘bintik panas’
atau ketumbuhan berkanser.
Ujian itu
menunjukkan terdapat beberapa bintik panas dalam pankreasnya. Dia dinasihatkan
agar menjalani Prosedur Whipple – pembedahan untuk mengasing, atau membuang
bahagian dalam pankreas, duodenum dan sebahagian perutnya. Selepas pembedahan
Ogos 2010, bahagian pankreas yang dipotong itu didapati tiada sel kanser. Dia
dibenarkan keluar hospital 10 hari kemudian.
Hii mendakwa ujian
lain dilakukan NCC, termasuk ujian darah dan air kencing, semuanya menunjukkan
keputusan normal, tetapi NCC tidak memaklumkan kepadanya mengenai keputusan itu
atau kepentingannya.
Dia kemudian
kembali ke NCC pada September 2010 untuk kajian semula dan diberitahu dia
semakin pulih. Namun, kira-kira dua minggu kemudian di Kuala Lumpur, dia muntah
darah dan tidak sihat. Ini menyebabkan dia terpaksa menjalani pembedahan di
Kuala Lumpur. – Straits Times
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.