Total Pageviews

Wednesday, 7 June 2017

Suami Setia Lagi Penyayang

Suami Setia Lagi Penyayang

mStar Online.

PELAKON era 1990-an Edika Yusof mempunyai sebab untuk berimej botak gara-gara isterinya Norhidayah Yusri mengalami lumpuh separuh badan akibat menghidap demam panas. Edika, 45, berkata, dia telah bernazar selagi isterinya itu tidak pulih daripada penyakit tersebut, dia tidak akan sesekali menyimpan rambut walaupun ia telah berlanjutan sejak tujuh tahun lalu. “Isteri saya mengalami lumpuh dari bahagian badan sehingga ke bawah selepas melahirkan anak kedua kami. Akibat penyakit itu, dia terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak dan sayalah yang menjaganya selama ini,” kata Edika kepada mStar Online.

Edika semasa zaman mudanya

Pelakon Pelumba Malam dan Maria Mariana ini berkata, nazar itu bukanlah sesuatu yang membebankan dan dia akan terus berimej sedemikian sehinggalah isterinya pulih. Ditanya apakah cabaran menjaga isteri yang sakit sejak sekian lama jelas Edika, dia tidak menghadapi masalah besar kerana Norhidayah 34, masih boleh bergerak menggunakan kerusi roda elektrik kerana paras dadanya ke atas tidak mengalami sebarang masalah.
“Kami bahagia bersama anak-anak dan Alhamdulillah, saya dapat menjaga keluarga saya dengan baik tanpa perlu mengambil pembantu rumah. Hasil perkahwinannya dengan Norhidayah sejak 10 tahun lalu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Fardeen Nurulhaq, 9, dan Fareena Nurulhaq, 8, serta seorang anak angkat Nazirul Afiq yang berusia 14 tahun.

Edika bersama isteri tersayang.

Ditanya mengenai perkembangan terbaharu selepas meninggalkan dunia seni lebih 15 tahun lalu kata Edika, dia banyak melakukan kerja-kerja grafik dan percetakan. Malah dia juga berhasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni sekiranya terdapat mana-mana tawaran yang bersesuaian dengannya. “Saya berhasrat untuk berlakon semula tetapi biarlah watak-watak yang hendak diberikan kepada saya itu benar-benar mencabar dan bukannya watak retorik seperti anak orang kaya dan juga lelaki mata keranjang,” katanya. Selain Pelumba Malam dan Maria Mariana, Edika yang aktif dalam dunia peragaan suatu ketika dahulu pernah membintangi filem Driving School, XX-Ray, Father dan Awas.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.