Total Pageviews

Wednesday 7 June 2017

Azean Irdawaty meninggal dunia


KUALA LUMPUR: 17 Dis. 2013 Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) malam ini. Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar. Antara rakan dalam industri filem tanah air yang hadir menziarahi Allahyarham di PPUM malam ini ialah Datin Paduka Shuhaimi Baba, Rusdi Ramli dan Nanu Baharudin.

Jenazah beliau dijangka disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara sebelum Zuhur esok.
Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia (FFM) pertama pada 1980 itu disahkan menghidap kanser payudara tahap ketiga pada Jun 2007. Azean menghidap Lymphedema iaitu kesan akibat pembedahan membuang 16 kelenjar yang dilakukan pihak hospital ketika menghadapi barah payudara sebelum ini. Beliau terbabit dalam dunia seni sebagai penyanyi pada awal 1969 dan pernah menghasilkan beberapa album dengan syarikat rakaman WEA Records yang kini dikenali Warner Music (Malaysia). Azean pernah diundang melakonkan satu babak di kelab malam dalam filem Di Belakang Tabir arahan Datuk Jins Shamsuddin terbitan Studio Merdeka dan mempunyai bandnya sendiri dinamakan D'Zeds serta menyertai pertandingan Muzik Muzik Muzik terbitan RTM pada 1970-an.


Kerjaya Azean berkembang ke dunia lakonan apabila membintangi slot drama RTM seperti Potret Pekerti, Drama Minggu dan Panggung RTM. Album solonya dalam bentuk LP diterbitkan Datuk Ahmad Nawab berjudul Rahsiaku Laguku pada 1979 dan menghasilkan lagu hit Benjy, Bawalah Daku Bersamamu dan Rahsiaku Laguku. Pada 1980 Azean menghasilkan album kedua dengan lagu popular Kesedihan Di Matamu dan Kesyukuran. Satu masa dulu, Azean juga terkenal dengan gaya rambut ala Farrah Fawcett yang berwarna perang kemerah-merahan.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.