Apakah hepatitis ?
Hepatitis ialah
penyakit hati. Ia sebabkan oleh radang hati. Radang hati disebabkan oleh
ubat-ubatan termasuk ubat herbal, alkohol, sistem immune badan seseorang dan
lain-lainnya.
Sebab yang biasa
penyakit hepatitis di Malaysia ialah jangkitan virus hepatitis.
Ada banyak jenis
hepatitis viral, antaranya ialah:
·
Hepatitis A kerana jangkitan virus hepatitis
A.
·
Hepatitis B kerana jangkitan virus hepatitis
B.
·
Hepatitis C kerana jangkitan virus hepatitis
C.
Apakah tanda-tanda
amaran Hepatitis?
Kebanyakan orang
dijangkiti tidak mempunyai tanda-tanda. Kalau tanda-tanda berlaku , ia adalah
sama untuk semua berlainan jenis hepatitis. Tanda-tanda antara ialah:
·
Merasa letih
·
Kurang selera makanLoya
·
Muntah
·
Sakit perut (abdomen)
·
Warna kuning pada mata putih dan kulit
(penyakit kuning)
·
Air kencing berubah warna menjadi warna teh
·
Warna najis berubah pucat atau warna tanah
liat
Apakah komplikasi
hepatitis yang kronik ?
Bila penyakit
hepatitis kritikal dan kronik (lebih dari 6 bulan), kemungkinan organ hati
sudah rosak. Lama-kelamaan sel-sel hati bertukar menjadi tisu fibrous dan
meninggalkan parut dipanggil sirrosis hati. Tanda-tanda sirrosis hati ialah :
·
Abdominal membengkak
·
Sangat mudah lebam
·
Berubah tingkah laku atau berubah kepekaan
·
Muntah darah
·
Najis hitam
Komplikasi sirrosis
hati:
·
Kanser hati
·
Maut
Bila sirrosis hati
tidak mengekalkan fungsi-fungsi sebenar hati atau komplikasi tidak terkawal
lagi, untuk meneruskan hidup pesakit itu memerlukan pemindahan organ hati yang
baru menerusi prosedur transplan.
Kumpulan Sokongan
Malaysian Liver
Foundation.
Apakah
hepatitis A?
Hepatitis A didapati
dari memakan makanan atau meminum minuman dicemari oleh virus hepatitis A.
Virus hepatitis A didapati dalam najis seseorang dijangkiti hepatitis A .
Tanda-tanda hepatitis biasanya muncul hari 15 ke 45 selepas dijangkiti. Pesakit
itu mengalami tanda-tanda hepatitis dan juga cirit-birit dan demam.
Bagaimanapun ada setengah-tengah kes, menpunyai tanda-tanda ringan atau tiada
tanda-tanda. Simptomnya lebih kepada individu yang umurnya lebih tua . Simptom-simptom
yang lebih teruk dan radang hati memerlukan kemasukan hospital. Hepatitis A
akut akan baik dalam 6 bulan dan tidak menjadi penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko
mendapatkan jangkitan hepatitis A ?
·
Individu yang menjamah makanan dan minuman dijangkiti
disediakan oleh individu dijangkiti Hepatitis A yang tidak menjaga kerbersihan
diri.
·
Ahli keluarga atau hubungan seks dengan
individu yang dijangkiti.
·
Hubungan seks sesama lelaki.
Saya patut buat APA sekiranya
saya dijangkiti oleh virus hepatitis A ?
Jikalau anda syak,
dijangkiti Hepatitis A :
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai
dan memeriksa anda.
Doktor akan
membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis A.
Jikalau organ hati
anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu dimasukkan ke hospital.
Kebanyakan pesakit
memerlukan rawatan untuk simptom-simptom dan masa perhatian sahaja
Hepatitis A yang
teruk mempunyai kemungkinan membawa maut.
Biasanya penyakit ini
tidak memerlukan penjagaan kesihatan yang lama.
Melindungilah keluarga
dan orang yang tersayang.
Penjagaan kebersihan
diri seperti mencuci tangan yang sempurna dan sanitasi boleh mencegah hepatitis
A. Basuh tangan anda menggunakan sabun dan air selepas ke tandas dan sebelum
makan atau menyediakan sajian makanan.
Terdapat vaksin untuk
Hepatitis A untuk pencegahan dalam masa panjang.
Hepatitis
B
Apakah
Hepatitis B?
Hepatitis B boleh
merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Ia adalah penyakit hati
terbanyak di Malaysia.
Simptom-simptom
hepatitis, biasanya muncul selepas 25 ke 180 hari setelah dijangkiti.
Simptom-simptom termasuk juga sengal sendi dan otot-otot. Bagaimanapun,
setengah-tengah individu tiada simptom-simptomnya.
Jangkitan virus
Hepatitis B tidak macam Hepatitis A, ia boleh menyebabkan penyakit hati yang
kronik dan sirrosis hati.
Di Malaysia, bilangan
penduduk yang menderita penyakit Hepatitis B biasanya dijangkiti sejak dalam
kandungan lagi atau semasa kecil. Ini menyebabkan risiko tinggi untuk menjadi
penyakit hati yang kronik.
Siapa yang berisiko
untuk mendapat jangkitan hepatitis B?
Ahli keluarga dan
pasangan seks kepada pembawa kuman HBV.
Tinggal serumah
dengan individu dijangkiti.
Bayi yang dilahir
dari ibu dijangkiti .
·
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam
yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan
seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan
instituti orang-orang cacat mental).
·
Individu yang mempunyai berbilang pasangan
seks.
·
Penagih dadah yang menggunakan suntikan.
·
Penerima hasil atau produk darah sebelum
tahun 1972.
Hepatitis B tidak
merebakkan melalui makanan atau minuman, berkongsi hidangan atau perkakas
dapur, pinggan mangkuk, batuk, bersin dan hubungan biasa.
Apa saya patut buat jika
saya dijangkiti virus hepatitis B ?
Jikalau anda syak,
dijangkiti Hepatitis B.
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai
dan memeriksa anda .
Doktor akan
membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis B dan ujian
ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes
memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati
untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati
anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak
, anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa
dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan perlu
untuk mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun
setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana
keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah
keluarga dan orang yang tersayang.
·
Anda patut memberitahu ahli keluarga,
pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian saringan Hepatitis B.
Jikalau mereka positif, mereka mesti runding dengan doktor, jikalau mereka
negatif, untuk mencegah boleh mendapat vaksin.
·
Amalkan hubungan seks yang selamat .
·
Jangan berkongsi barangan persendirian yang
mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip
kuku, gunting .
·
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang
tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur
dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah
perlu dimasuk ke dalam beg plastik dan dibuang. Balut luka itu dengan plaster.
·
Jikalau mengandung, bayi anda akan diberi dua
suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis B dan kedua suntikan immungloblin) semasa
baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.
Penjagaan sendiri:
·
Anda amalkan cara hidup yang sihat.
·
Anda perlu menjauhi alkoloh.
·
Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat
rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
·
Anda patut mendengar nasihat doktor.
Apakah
Hepatitis C ?
Hepatitis C boleh
merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang
dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B,
jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu
yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati
dengan komplikasinya.
Siapa yang berisiko
untuk mendapat jangkitan hepatitis C?
Pasangan hubungan
seksual dengan individu dijangkiti.
·
Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam
yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan
(seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan
institusi orang-orang cacat mental.
·
Individu yang mempunyai berbilang pasangan
seks .
·
Penagih dadah yang menggunakan suntikan .
·
Penerima hasil atau produk darah sebelum
tahun 1994.
·
Pesakit menggunakan haemodialysis.
·
Bayi yang dilahir dari ibu dijangkiti tetapi
risiko itu dijangkiti adalah sangat kecil (kira-kira 4%.)
Apakah saya patut
buat sekiranya saya dijangkiti oleh virus hepatitis C ?
Jikalau anda syak,
dijangkiti Hepatitis C:
Runding dengan doktor
Doktor akan menilai
dan memeriksa anda .
Doktor akan
membuatkan ujian darah termasuk ujian spesifik untuk hepatitis C dan ujian
ultrasound organ hati.
Setengah-tengah kes
memerlukan ujian biopsy organ hati, prosedur ini memerlukan sedikit organ hati
untuk ujian yang diperlukan.
Jikalau organ hati
anda tidak berfungsi yang baik, anda perlu kemasukkan ke hospital. Kalau tidak
, anda akan menerima rawatan lanjut oleh doktor di klinik.
Anda perlu berjumpa
dan berunding dengan doktor kerana hepatitis virus boleh dirawat. Rawatan untuk
mencegah komplikasi. Rawatan terdapat dalan bentuk pil dan suntikan.
Walau bagaimanapun
setengah individu tidak perlukan rawatan tetapi mesti dipantau di klinik kerana
keadaannya boleh berubah dan memerlukan rawatan terutama kompilasi kanser hati.
Melindungilah
keluarga dan orang yang tersayang.
Tidak ada vaksin
hepatitis C.
·
Anda patut memberitahu ahli keluarga,
pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau
mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor.
·
Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah
sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda
dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
·
Jangan berkongsi barangan persendirian yang
mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip
kuku, gunting .
·
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang
tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur
dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah
masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.
·
Jikalau anda mengandung, bayi anda akan
diberi dua suntikan ( Pertama, vaksin hepatitis C dan kedua suntikan
immungloblin) semasa baru lahir dan vaksin yang selengkap masa lain.
Penjagaan sendiri:
·
Anda amalkan cara hidup yang sihat.
·
Anda perlu menjauhi alkohol.
·
Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat
rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
·
Anda patut mendengar nasihat doktor.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.