KUALA LUMPUR, 8 MAC
2012: Dua tahun menderita menghidap penyakit kanser kolon, penyanyi
Zainal Abidin, mengakui kini dirinya telah pun bebas daripada penyakit
tersebut. Jelas Zainal Abidin, ketika mendapat tahu menghidap kanser,
penyakitnya telah pun disahkan berada di peringkat ketiga, namun dia bersyukur
setelah menjalani rawatan tradisional cina di Klang, akhirnya kini dia bebas
daripada belenggu penyakit berkenaan.
“Saya disahkan
menghidap kanser kolon dua tahun lalu. Saya memang terkejut kerana selain
kanser saya juga mempunyai tiga lagi penyakit lain iaitu darah tinggi,
kencing manis dan sakit jantung. Apabila disahkan menghidap kanser, di tahap
ketiga, pada mulanya saya mahu mendapatkan rawatan di hospital. “Namun apabila
memikirkan rawatan di hospital kelak akan membuatkan saya perlu makan
ubat-ubatan yang banyak serta mempunyai kesan lain pula, saya nekad mencari
pusat rawatan tradisional cina. Alhamdulillah setelah setahun berubat saya
pergi semula ke hospital bagi melakukan pemeriksaan dan disahkan bebas kanser,”
katanya ketika ditemui pada sidang media majlis pelancaran konsert The Legendary
Concert 2012 , semalam di Hard Rock Café, KL.
Malah jelas
pelantun lagu Hijau ini lagi, bukan sahaja kansernya pulih bahkan tiga lagi
penyakitnya turut sembuh. Bersyukur dengan apa yang berlaku, kini jelas Zainal
Abidin, fokusnya pada kerjaya seninya semula. Tutur Zainal Abidin, dia kini
baru sahaja muncul dengan single baru berjudul Kami. Malah dua lagi single
barunya berjudul Alam serta Tercipta Untukmu bakal diperkenalkan kepada
peminat.
“Kini badan saya
sihat dan saya rasa lebih aktif dan bertenaga. Saya telah pun muncul dengan
single baru berjudul Kami yang akan dimainkan di radio tidak lama lagi. Dalam
pada itu, dua lagi single saya juga akan diperkenalkan selepas itu. “Semua itu
merupakan satu strategi untuk memberitahu peminat bahawa saya kini aktif dan
album baru saya akan berada di pasaran tidak lama lagi.”katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.