Minyak Masak Sebagai Minyak Pelincir Enjin
PERCAYAKAH anda bahawa minyak masak
berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?
Malahan sudah terdapat segelintir
penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai
minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang
masalah.
Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael
Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak
yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.
“Kancil saya menggunakan tiga liter
minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai
kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130,
tetapi sekarang kurang RM10,” katanya.
Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini
Nik Safian Afzani menggunakan ‘minyak hitam’ yang dibelinya dari sebuah pasar raya.
Menurutnya, selepas menggunakan
minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu
tidak pernah lebih dari satu takuk.
Nik Safian berkata, ketika
menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk
ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut
apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam
tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir
pada hari ini sudah naik.
Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas
hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai
minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.
Beliau sudah menggunakan bahan itu
setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.
Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun
serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas,
Amerika Syarikat itu berkata: “Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling
sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya.”
Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula
mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira
dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.
Sejak itu, beliau menggunakan minyak
masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak
hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan
yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.
“Hanya minyak masak berasaskan
kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak
masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk
akan menjadi beku,” katanya.
Katanya, harga minyak hitam keluaran
pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi
sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.
Bagaimanapun, beliau menasihatkan
orang ramai supaya menukar gasket kereta
mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai
pelincir enjin kereta.
Orang ramai juga boleh melayari
laman web: nordicgroup.us/oil.htm
# The300 Mile Facts
untuk maklumat yang sama. Susah Nak
Percayakan?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.