Orkid terlantar sakit
Orkid,
64, yang menghidap ketumbuhan hormon tidak stabil (paraganglioma) sejak tiga
tahun lalu, berada dalam keadaan lemah dan hanya mampu terbaring atas katil.
Katanya, keadaan fizikalnya berada dalam keadaan sangat lemah, malah tengkuk
serta kepalanya tidak dapat ditegakkan dengan stabil. “Saya tidak lalu makan.
Jika masuk sesuap pun, akan muntah semula. Nak angkat tangan pun tak berdaya
dan nak bercakap pun sukar. “Semua dalam badan sudah ‘upset’. Keseluruhan tubuh
badan terasa sangat lemah,” katanya ketika dikunjungi di rumahnya, semalam.
Beliau
dijaga anak ketiganya, Mohd Noorshafri Datuk Mokhtar, 35. Buat masa ini, beliau
hanya boleh minum milo, susu dan makan sayur-sayuran.
Kata
Noorshafri, ibunya berulang-alik ke hospital setiap bulan untuk rawatan susulan
dan bekalan ubat.
“Ibu
mula terlantar sakit sejak Julai tahun lalu. Buat masa ini, saya cuba
memberikan penjagaan terbaik dan membawa ibu ke hospital. “Sekarang, beliau
menyatakan tidak mahu lagi ke hospital. Saya hanya berserah pada Allah dan demi
seorang ibu, saya cuba membuat apa saja untuknya memastikan beliau selesa,”
katanya. Orkid pernah menjalani dua pembedahan pada 2008 dan 2010 dan turut
menghidap darah tinggi dan mengambil insulin untuk kencing manis.
Sebelum ini, turut mengunjungi
penyanyi ghazal dan Melayu asli itu adalah Datin Azizah Mohamad, Mak Jah,
Aspalela Abdullah, S Rohani dan Mariani.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.