Total Pageviews

Wednesday 7 June 2017

kematian hospital akibat kanser

12% kematian di hospital kerajaan akibat kanser
Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Putrajaya: Sebanyak 12 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian di hospital kerajaan seluruh negara berpunca daripada penyakit kanser, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.
Menurutnya, trend berkenaan membimbangkan kerana bukan saja berlaku di negara ini, malah kanser turut menjadi punca kematian di seluruh dunia. “Purata kematian akibat kanser adalah lebih kurang sama berlaku di seluruh dunia, namun sejak 30 tahun kebelakangan ini, angka kematian semakin meningkat. “Ia berikutan perubahan gaya hidup masyarakat dunia. “Sehubungan itu, program kesedaran giat dijalankan di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahayanya kanser,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Bulan Kesedaran Kesihatan, di sini, semalam. Dr Subramaniam berkata, pelbagai program dilaksanakan kerajaan bagi memastikan kesedaran terhadap bahaya kanser.
Menurutnya, sepanjang tahun lalu sahaja, kira-kira RM100 juta dibelanjakan untuk penyediaan ubat kepada penghidap kanser di seluruh negara. Beliau berkata, usaha lain yang turut dilaksanakan ialah pembinaan Institut Kanser Negara yang membabitkan perbelanjaan sebanyak RM700 juta bagi memastikan rakyat mendapat perkhidmatan terbaik. Dalam pada itu, Dr Subramaniam turut mengakui kesedaran rakyat untuk mendapatkan pendidikan dan pemahaman awal terhadap rawatan kanser semakin tinggi.
Menurutnya, keadaan berkenaan sekali gus membolehkan mereka mendapat rawatan awal sekiranya dikesan menghadapi penyakit yang cukup berbahaya itu.
“Kesedaran untuk menjalankan pemeriksaan awal khususnya ujian mamogram mendapat sambutan cukup baik dan ramai yang mengambil bahagian serta mendapatkan pemeriksaan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/17


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.