Total Pageviews

Monday, 8 June 2020

Mudahkan urusan Agama, jangan dipersulitkan

 

Mudahkan urusan Agama, jangan dipersulitkan, cukup cukuplah sudah kamu berbuat dosa.



Di tengah tengah maksiat berleluasa di dalam negara dengan kehadiran gajet canggih yang memungkin kan interaksi intim antara lelaki dan wanita tanpa kawalan,  isu LGBT, MSM, Gay, Lesbian, homoseksual, heteroseksual, sumbang mahram, kelahiran luar nikah yang berterusan naik kadar nya dengan mendadak, adakah para penguasa dan khalifah memerintah  memilih untuk berdiam diri tanpa melakukan apa apa untuk penambahbaikan ?

 

Kenapakah dipersulitkan proses nikah kahwin di antara pasang pasangan yang berhajat murni mau menikah?

 

Bukankah itu fitrah kejadian Allah secara berpasang pasang?

 

Tidakkah kita berasa berdosa dengan menyulitkan hal hal halal dan mempermudahkan hal hal yang haram ? 

 

Bukankah berkahwin di usia muda itu baik di sisi agama dan diamalkan oleh Nabi ?

 

Manakala wanita yang berkahwin pada umur lanjut akan mempunyai masalah kesuburan? 

 

Serupa juga dengan lelaki yang berkahwin pada lanjut umur juga akan mengalami masalah kesuburan seterusnya hal perkara ini akan membebankan kerajaan dari segi menangani kohort kumpulan umur lanjut (warga emas ) yang semakin bertambah yang melebihi bilangan warga golongan muda (kanak kanak) kerana sedikitnya bayi yang dilahirkan dalam negara tersebut. Perkara ini akhirnya akan menggusarkan kerajaan kerana bilangan muda telah menjadi kurang berbanding bilangan golongan tua yang mau ditanggung oleh golongan muda.

 

 

 

 

http://www.ibnuhasyim.com/2016/12/tahniah-mudahkan-nikah-di-siam-mengapa.html

 

 

KANGAR – Kerajaan ne­geri Perlis kini dalam proses akhir untuk memudahkan prosedur perkahwinan umat Islam terutama melibatkan pasangan dari negeri ini yang berkahwin di Thailand.

 

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Perlis, Khairi Hassan berkata, pasangan tersebut tidak lagi perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah di sini sebaliknya hanya perlu membayar kompaun RM2,000 setiap seorang.

 

“Proses itu bertujuan memastikan umat Islam yang telah bernikah di luar negara atau negara jiran kerana pelbagai sebab termasuk poligami tidak terbeban dengan urusan mendaftar semula perkahwinan mereka di negara ini.

 

“Kerajaan negeri memandang serius hal ini supaya dapat mengelakkan masalah pada masa akan datang terutama berkaitan urusan waris, dokumentasi anak, harta, persekolahan dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi semalam.

 

Khairi berkata, prosedur baharu itu dicadangkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (MAIPs) untuk dilaksa­nakan pada tahun depan.


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tahniah kerajaan negeri Perlis! Tetapi kenapa mudahkan nikah di Siam sahaja, tidak mudahkan di negara sendiri? Apakah tidak sama undang-undang syariat di negeri Perlis dengan negeri-negeri lain di Malaysia? Kelantan, tak inginkah nak mudahkan perkahwinan di Siam seperti Perlis? 


Oleh itu jangan tunggu lagi, sokonglah untuk meninggikan dan menaikkan taraf Undang-undang Syariah di Malaysia. (IH)

 

 

http://www.ibnuhasyim.com/2016/12/tahniah-mudahkan-nikah-di-siam-mengapa.html

 

 

 

.

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.