Kenapa Disusahkan Urusan Nikah Kahwin?
Penguasa agama tidak ikut Sunnah Rasullulah
http://sribuana.blogspot.com/2011/10/permudahkan-urusan-nikah-kahwin.html
HANG JEBAT said...
SOKONG 100% .MEMANG BENAR JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA/NEGERI2 LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN PROSEDUR CIPTAAN DARI MENGGUNAKAN PROSEDUR YANG TERMAKTUB DALAM AL QURAN,UPACARA AKAD NIKAH PUN KADANG2 MENJADI PAYAH, KENA LAFAZ SAMPAI BERPULOH KALI PUN ADA, JABATAN AGAMA TAK BAGI KURSUS KE KAT TOK KADI YANG BAGI NIKAH NI?
MENGAPA ISLAM LEMAH?
KERANA PERSOALAN POKOK TIDAK DISELESAIKAN ,
CONTOH 1.MENGAPA BERZINA?
JAWAPAN
KERANA TAK KAHWIN?
KENAPA TAK KAHWIN?
SUSAH NAK KAHWIN PROSEDUR SUSAH DUIT HANTARAN TINGGI?
JADI MENGAPA PERMASALAHAN PROSEDUR SUSAH DAN HANTARAN TINGGI TIDAK
DISELESAIKAN?
MUDAHKAN PROSES PERKAHWINAN
BANTU MEREKA YANG INGIN BERKAHWIN,
WANG ZAKAT BOLEH DIGUNAKAN DIBAWAH ASNAF (FI SABILLILLAH) BETUL TAK?
BUKANKAN BERKAHWIN ITU BERADA DI JALAN ALLAH DAN IBLIS TIDAK SUKA PERKAHWINAN
DILANGSUNGKAN ?
PLEASE LA JABATAN AGAMA. JANGAN SAMPAI ISLAM HANCUR PUNAH RANAH DISEBABKAN
BEBERAPA PROSEDUR PENTING INI DIKETATKAN.
PERMULAAN INTITUSI MASYARAKAT BERMULA DARI KELUARGA, KELUARGA BERMULA DARI
PERKAHWINAN.
Anonymous said...
assalam...
yg ni aku 1000% setuju...kerana pernah mengalami pengalaman berkahwin... yg
paling aku tak faham ialah...kenapa maskahwin tu mesti ditetapkan oleh pihak
ketiga... kononya dah ditetapkan oleh
pihak berkuasa la tu... sedangkan yang paling berhak adalah pengantin
perempuan... berapa saja yg diminta oleh pengantin perempuan... itu adalah
maharnya....wajib disediakan oleh lelaki... ini tidak siap tarbiyah aku... anak
dara bernilai RM... manakala janda pula RM... maskahwinnya..... tak boleh
kurang dari yg ditetapkan... siap buka buku lagi tu... hahaha... betul2
mengarut sudah dunia ni... ingat bakal isteri aku tu harganya RM... saje ke...
bodoh punya orang...
panas mendidih said...
Saya setuju Jabatan Agama Islam melonggarkan sedikit syarat-syarat bernikah ni. Nikah ini perkara yang dituntut kenapa nak disusahkan orang yang berniat baik untuk mendirikan masjid ??? Dengan borang itu ini la, sijil la, ulang-alik berkali-kali ke Pejabat Agama dan macam-macam lagi. Buang masa, buang tenaga bazirkan wang ringgit jer demi borang boring yang tak pernah diajar pada zaman nabi dulu. Memanglah alasannya untuk menjaga institusi keluarga tetapi kenalah seimbang jangan sampai menyusahkan pulak orang yang nak berkahwin. Sekarang pun boleh lihat kesannya berapa banyak bayi-bayi malang yang dibuang sana-sini macam sampah terbuang. Yang penting rukun nikah dan patuh undang-undang Allah itu yang diikut dan bukannya undang-undang bidaah yang diada adakan atau ditokok-tambah manusia untuk menyusahkan dan mengelirukan umat Islam itu sendiri.
Setuju sesangat. saya org sarawak, bakal suami org Semenanjung, kami akan berkahwin tak lama lagi, proses mcm nak mampus... Bakal suami kena amik borang untuk mengesahkan masih bujang, kena pergi tempat asal dilahirkan dan minta pengakuan serta tanda tangan pegawai A....or ketua kampung, or penghulu. lepas tu belum lagi itu ini... saya sendiri juga tension, dengan harga segala semakin meningkat, tambah2 lagi kalu kat Sarawak ni semua harga naik... banyak sangat kerenahnya. sedangkan kalau nak nikah sivil untuk org bukan islam bukan main senang lagi. Bukan nak mempertikaikan apa2, kan ni benda elok, bagila senang sikit, janganlah menyusahkan agama… Bukanka Nabi suruh permudahkan? Janganlah membirokrasikan urusan nikah kahwin... Janganlah berterus terusan membiarkan iblis suka melihat urusan perkahwinan umat Islam dipersulitkan!
Alasan saya mudah, sebagai lelaki mengapa perlu jabatan agama membenar atau tidak membenarkan saya. Kahwin adalah hak saya. kalau kahwin tu hak awak, kenapa susah-susah nak daftarkan perkahwinan tu, tak perlulah surat nikah... ke macamana....
Memang setuju orang bijak agama pandai cakap sahaja... kebanyakannya lebih menggunakan hadis yang dikatakan dari Nabi Mohamad dan jarang menggunakan al-Quran sebagai panduan... al-Quran itu lengkap tetapi mereka tetap ingin mencari selain daripada al-Quran. Itukah yang disarankan oleh Rasul dulu??? Sanggupkah kamu para penguasa memikul dosa di akhirat nanti ???
http://sribuana.blogspot.com/2011/10/permudahkan-urusan-nikah-kahwin.html
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.