Penasihat yang baik dan Punahsihat
Apabila anda menghadapi apa apa masalah mungkin anda mendatangi mereka yang mau menasihatkan anda tetapi berhati hatilah bila mendapatkan nasihat kerana terdapat dua jenis penasihat iaitu penasihat yang baik dan penasihat yang jahat ( punahsihat ).
Penasihat yang baik:
1. Menasihati anda dengan penuh ikhlas tanpa ada mengharapkan apa apa balasan; tiada udang di sebalik batu.
2. Nampak kesungguhannya atau dia bersungguh sungguh semasa dia menasihati anda.
3. Mendoakan anda supaya anda mendapat yang baik baik dan berusaha supaya anda tidak terjerumus ke jalan yang bengkok.
4. Disukai Allah dan Rasul manakala tidak disenangi oleh iblis.
Penasihat yang jahat (punahsihat).
1. Ada maksud tersirat atau mengharapkan balasan yang menguntungkan dirinya di kemudian hari.
2. Menasihati anda ke arah kemusnahan atau porak peranda, kacau bilau celaru yang membawa kerugian kepada anda atau orang yang anda sayang.
3. Nampak auta penipuannya semasa menasihati anda.
4. Disukai Iblis dan tidak disukai Allah dan Rasul.
Justeru, berhati hatilah apabila anda mendapatkan nasihat dari orang lain.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.