Total Pageviews

Monday, 8 June 2020

Jurunikah susahkan pengantin

 

Jurunikah susahkan pengantin

 

 

http://sribuana.blogspot.com/2011/10/permudahkan-urusan-nikah-kahwin.html

 

 

Saya setuju dengan pandangan Dr. MAZA dalam twitternya. Pengalaman peribadi saya berkahwin di Ireland, imam hanya perlu menjalankan acara akad nikah semudah mungkin.


Di Malaysia, sesetengah jurunikah seperti sengaja menyusahkan pengantin.

 

Mereka bagaikan 'membuli' pengantin, minta pengantin melafazkan semula akad nikahnya dan sebagai.


Tak perlu itu semua. Tak perlu membirokrasikan kerja yang dihalalkan Allah.


Saya berkahwin di Ireland tanpa mendapat kebenaran jabatan agama.

 

Alasan saya mudah, sebagai lelaki mengapa perlu jabatan agama membenar atau tidak membenarkan saya.  Kahwin adalah hak saya.

 

 

Period.


Sekembali ke Malaysia, saya dan isteri memfailkan pendaftaran kami.

 

Semua sudah lengkap kecuali saya tidak pernah menghadiri kursus kahwin.


Pegawai jabatan agama memaklumkan, untuk didaftarkan di Malaysia, saya WAJIB mempunyai sijil kursus JAIP, atau perkahwinan saya tak boleh didaftar.

 

Semuanya kerana saya 'tak minta izin untuk kahwin' di luar negara.


Kami sudah mempunyai seorang anak dan pegawai masih mengatakan WAJIB hadir kursus kahwin.

 

Saya dan isteri mengalah dan kami menghadiri dua hari kursus itu dengan membawa bersama anak kami yang baru beberapa bulan.

 

Selepas sudah lengkap semuanya, saya perlu ditemuduga untuk mengeluarkan sijil kahwin.

 

Saya perlu mengisi satu borang lagi yang bertanya soalan-soalan yang tak relevan seperti berapa KM jarak tempat saya nikah dengan Malaysia, jika di Malaysia pukul sekian, di sana pukul berapa dan lain-lain.


Malah pegawai mengugut saya andai saya tak daftar nikah anak saya tidak boleh didaftarkan.

 

Saya bertanya berani atau tidak secara rasmi mereka mengata perkahwinan saya tidak sah dari segi syarak dan anak saya anak haram?

 

Jawapan mereka perkahwinan saya sah dan anak saya halal kerana saya mempunyai sijil kahwin dari imam yang diiktiraf kerajaan Ireland.

 

Kesimpulannya, mengapa susahkan muslim yang ingin berkahwin dan memikul tanggungjawab rumahtangga? 

 

Tahukah mereka sekian banyak anak muda yang lebih mudah berzina dan sekedudukan di ibukota kerana bermacam-macam syarat yang ketat dikenakan untuk mereka bernikah.

 

Belum diambil kira soal adat, hantaran yang tinggi. Mengapa jika disebut jabatan agama mesti sinonim dengan menghukum.


Tangkap orang tak puasa, tangkap orang tak solat jumaat, tangkap orang beli nombor ekor, ketatkan proses nikah dan cerai.

 

 

Di mana kebajikan?


Adakah Islam hanya bermaksud menghukum dan mendera, soal bersedekah, tolong orang gelandangan, anak yatim dan ibu tunggal dibiarkan pada gereja seperti berlaku di Selangor?


Jabatan agama tidak boleh dilihat sebagai lembaga yang menakutkan.  Islam bererti sejahtera.

 

 

 

http://sribuana.blogspot.com/2011/10/permudahkan-urusan-nikah-kahwin.html

 

.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.