Total Pageviews

Monday, 8 June 2020

Insaflah wahai Khalifah

 

Insaflah wahai khalifah, mereka yang diberi amanah 

dan mereka yang memegang kuasa

 

Wahai khalifah, wahai penguasa,

Kenapa kamu persulitkan urusan manusia?

Kenapa kamu sukar payahkan mereka?

Kenapa kamu bebankan mereka?

Kenapa tidak kamu permudahkan?

Kenapa kamu ada adakan perkara yang tiada di zaman Rasullulah? Sanggupkah di tanganmu terpalit dosa? Kerana kamu mengadakan perkara perkara yang dahulunya tiada? Tidakkah kamu khuatir wahai manusia,  bahawa di pundakmu ada tertanggung dosa?

Yang dahulunya mudah, kamu sulitkan..

Yang dahulunya senang, kamu susahkan..

Yang dahulunya nyaman, kamu payahkan.

Di persada banyaknya kejadian songsang LGBT,  MSM, homoseks, sumbang mahram, semakin banyaknya janin yang digugurkan, semakin ramai nya anak luar nikah yang dilahirkan,  di zaman hubungan jalinan kemesraan antara manusia sudah sangat rapat semudah hanya di hujung jari,

Tidakkah kamu berasa takut? Apa kamu masih belum sedar dari mimpi enakmu, wahai khalifah?

Allah menjadikan kejadiannya dengan berpasang pasang :

Laki laki & wanita,

Langit & bumi,

Dosa & pahala,

Syurga & neraka,

Lurus & bengkok,

Jalan Allah & jalan iblis,

Allah suka ; iblis kecewa,

Allah murka ; iblis suka,

Maka jalan yang mana satukah yang kamu pilih?

Maka jalan yang mana satukah yang kamu ikut?

Wahai manusia?

Tidakkah kamu takut ??

 

 

Keagungan Tuhan

https://www.youtube.com/watch?v=HCGltgD7DMw

https://www.youtube.com/watch?v=HCGltgD7DMw

 

..

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.