Bidaah Hasanah
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/06/bidah-hasanah.html
Penjelasan Tentang Bid'ah.
Dalam pengertian syari’at, bid’ah adalah:
اَلْمُحْدَثُ الَّذِيْ لَمْ يَنُصَّ عَلَيْهِ الْقُرْءَانُ وَلاَ جَاءَ فِيْ السُّـنَّةِ.
“Sesuatu yang baru yang tidak terdapat penyebutannya secara tertulis, baik di
dalam al-Qur’an mau pun dalam hadits”. (Sharih al-Bayan, j. 1, h. 278)
Seorang ulama bahasa terkemuka, Abu Bakar Ibn al-‘Arabi menuliskan sebagai
berikut:
لَيْسَتْ البِدْعَةُ وَالْمُحْدَثُ مَذْمُوْمَيْنِ لِلَفْظِ بِدْعَةٍ وَمُحْدَثٍ وَلاَ
مَعْنَيَيْهِمَا، وَإِنَّمَا يُذَمُّ مِنَ البِدْعَةِ مَا يُخَالِفُ السُّـنَّةَ، وَيُذَمُّ
مِنَ الْمُحْدَثَاتِ مَا دَعَا إِلَى الضَّلاَلَةِ.
“Perkara yang baru (Bid’ah atau Muhdats) tidak pasti tercela hanya kerana
secara bahasa disebut Bid’ah atau Muhdats, atau dalam pengertian keduanya.
Melainkan Bid’ah yang tercela itu adalah perkara baru yang menyalahi sunnah,
dan Muhdats yang tercela itu adalah perkara baru yang mengajak kepada
kesesatan”.
*
Imam Asy Syafie mengatakan : Bid'ah itu dua jenis: "Bid'ah yang dipuji
(hasanah) dan bid'ah yang dikeji (dholalah / sesat). Apa yang selari dengan
Sunnah itu maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya maka ia dikeji.
(Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim (Lihat Fath al Bari 17/10)
Dalam riwayat lain, Imam Asy Syafie mengatakan : "Perkara-perkara baharu
yang diada-adakan itu dua jenis: (pertama) perkara baharu yang bercanggah
dengan al Quran atau Sunnah atau athar sahabat atau ijma', maka inilah Bid'ah
Dholalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala
kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu,
maka ia adalah bid'ah yang bukan keji (hasanah)" (Muhaddathah ghairu
mazmumah) (Riwayat al Baihaqi dengan sanad yang sahih di dalam kitabnya Manaqib
Syafi'e (lihat Fath Al Bari 17/10)
*
Ummul Mukminin Aishah r.aha ditanya mengenai solat Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam pada bulan Ramadan, jawab beliau: “Rasulullah shallallahu
‘alaihi wa sallam tidak pernah melebihi 11 rakaat samada dalam bulan Ramadan
atau pun selainnya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Al-Imam Jalaluddin al-Mahalli telah berkata di dalam kitab “al-Mahalli”, juzuk
1, halaman 217: Maksudnya: "Dan diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya
dengan sanad yang sahih seperti yang dikatakan dalam Syarah al-Muhazzab,
bahawasanya sahabat-sahabat Nabi sembahyang [tarawih] pada zaman `Umar bin
al-Khattab radiyallahu`anhu sebanyak 20 rakaat".
Khalifah Umar bin Al Khottob radhiyallahu ‘anhu ketika menganjurkan solat
tarawih secara berjama’ah di masjid , beliau berkata,
الْبِدْعَةُ هَذِهِ
“Sebaik-baik bid’ah adalah ini”. [HR. Bukhari no. 2010]
Nabi tidak pernah solat malam melebihi 11 rakaat. Tiba-tiba ada sahabat pada
zaman Khalifah Umar buat solat Tarawih 20 rakaat berjamaah di masjid. Sahabat
tersebut jelas telah melakukan perkara BID'AH. Mustahil Khalifah Umar tak faham
tentang bid'ah. Kenapa Khalifah Umar TIDAK MELARANG dan mengatakan mereka sesat
? Kenapa ?
Perbuatan sahabat tersebut jelas adalah bid'ah kerana mereka buat apa yang
Nabi dan Khalifah tidak buat, tetapi ia bid'ah hasanah(terpuji & tidak
sesat), Khalifah Umar tidak melarang sahabat tersebut dan tidak mengatakan
mereka sesat kerana ia bid'ah hasanah.
Sebenarnya yang tidak mengikuti Khulafa arRasyidin itu orang yang MENOLAK
bid’ah hasanah. Khulafa arRasyidin sendiri melakukan dan tidak melarang bid’ah
hasanah. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita mengikuti
Khulafaur Rasyidin. Sementara Khulafaur Rasyidin melakukan bid’ah hasanah.
Bererti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan kita melakukan
bid’ah hasanah. Dengan demikian kami yang berpendapat dengan adanya bid’ah hasanah
itu sebenarnya mengikuti Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam dan Khulafaur
Rasyidin.
Wallahu A'lam.
http://lenggangkangkung-my.blogspot.com/2013/06/bidah-hasanah.html
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.