Total Pageviews

Monday 8 June 2020

Bukan Urusan Saya

 

Bukan Urusan Saya.

 

Apabila ramai orang mengambil sikap ambil mudah dengan beranggapan sesuatu musibah atau perkara tak bagus yang datang melanda itu bukan di kalangan ahli keluarganya atau di tempatnya atau berlaku di negeri lain yang jauh daripadanya, lalu ia berbuat tak tahu atau tak kisah aja, maka itulah yang dimaksudkan oleh Frasa “Bukan Urusan Saya”.

Apabila mana mana manusia atau telah ramai orang yang bersikap ambil mudah seperti ini iaitu sikap tidak ambil tahu iaitu “Bukan Urusan Saya”, maka sesuatu komuniti atau masyarakat  atau Negara itu hanya menunggu masa saja untuk rebah dan ia akan jadi negara yang lemah serta mundur dan tiada harapan langsung untuk maju.... Manakala sebaliknya,  negara yang kontra dengan sikap “Bukan Urusan Saya” adalah Negara Jepun. Walaupun Negara Jepun bukan Negara Islam tetapi tindakan rakyat Jepun yang mengambil berat tentang apa apa permasalahan orang lain, permasalahan masyarakat, permasaalahn alam sekitar dengan berdisiplin tinggi dan komitmen tinggi telah menunjukkan hasil yang baik. Negara Jepun adalah antara Negara termaju di dunia. Matawang Yen nya kukuh . Menteri Jepun adalah lebih telus di mana jika Pengurusan tertinggi atau Menteri mereka terbabit dengan skandal, keesokan harinya mereka dengan rela hati akan meletakkan jawatan dengan suka rela hati sendiri. Pernah terjadi di mana mereka pernah ada 3 Perdana Menteri dalam setahun @ ! Dan Negara Jepun bukan jadi mundur sebaliknya mereka kekal semakin maju!

Negara Jepun mungkin mengambil iktibar kerana ada kisah Maharaja Jepun menjemput cerdik pandai Islam datang untuk mengajar mereka pada satu masa dahulu. Malangnya, ajaran Khalifah Islam itu tidak sempat habis sebab Khalifah Islam masa itu tidak sabar mau bergegas pulang walaupun telah ditahan oleh Maharaja Jepun sebab ada ancaman tsunami. Akhirnya, kapal Khalifah Islam itu tenggelam oleh tsunami yang melanda. Allahuaklam.

Konsep “Bukan Urusan Saya”  ini adalah sangat bertentangan dengan surah Ali Imran,  ayat 104 di mana kata kata pesanan Allah dalam Quran menyuruh kita supaya berani menegur apa apa kesalahan di hadapan kita dan sentiasa berlaku lurus, ikhlas, amanah dan benar dalam segala urusan.

Justeru, kita dapat melihat rakyat Jepun tidak segan silu mengutip sampah yang bertaburan di jalan raya kita walaupun mereka berkelulusan atau berjawatan tinggi. Mereka juga sangat prihatin dan bersemangat tinggi untuk membantu orang lain. Buktinya, kerajaan Jepun telah menubuhkan JICA untuk membantu negara negara mundur dari segi melatih personnel dari negara mundur dengan teknoloji dan pengalaman cendekiawan2 Jepun bagi memajukan negara negara miskin dan mundur... Terima kasih, syabas dan tahniah kepada Negara dan Rakyat Jepun.

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.