Kriteria orang Saleh
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/09/12/husein-orang-gila
Kisah uwais al qarni yang bikin meneteskan air mata ll Ustad Hanan Attaki
https://www.youtube.com/watch?v=9C_vc3jGXQY
https://www.youtube.com/watch?v=9C_vc3jGXQY
https://www.youtube.com/watch?v=8NIvZrlreas
https://www.youtube.com/watch?v=HwTfR8Ks2fI
Kriteria orang orang saleh yang disukai Allah serta disukai pula oleh sekalian penduduk langit bukanlah sekadar hanya rajin solat, berjubah atau telah mendapat bekas tanda lebam di dahi.
Antara sifat orang saleh atau orang hampir ada disebut dalam Al Quran dan ada juga diceritakan orang seperti :
Mereka
sentiasa mengingati Allah tak kira semasa mereka berbaring, duduk atau berdiri.
Mereka sentiasa memuji Allah, mereka tidak jemu bersyukur atas nikmat nikmat
yang Allah kurniakan. mereka berhina diri kepada pencipta mereka. Mereka selalu
memohon maaf daripada pencipta mereka.
Mereka sering merendahkan diri dan menghormati orang lain. Tidak menyakiti manusia, haiwan, dan alam sekitar malah menjadi kebaikan pula (rahmat) kepada manusia, haiwan, dan alam sekeliling.
Mereka tidak membuat kerosakan atau bencana porak peranda kepada orang lain atau kepada isi bumi mahupun kepada alam flora dan fauna.
Mereka berasa cukup hanya dengan sedikit rezeki yang Allah berikan kepada mereka. Mereka tidak mengejar kemewahan dunia. Wajah mereka berdebu, perut mereka kosong. artinya mereka bukan penguasa tapi mereka adalah orang miskin.
Mereka tidak membazir makanan, tetapi walaupun mereka sendiri tak cukup makan, mereka tidak lupa memberikan makanan kepada semut, burung dan juga manusia manusia miskin yang lain yang amat memerlukan makanan.
Selalu menolong orang lain.
Selalu bersedekah pada orang miskin.
Mereka sangat takut kepada membesar besarkan kelebihan diri mereka atau disebut sebut orang atau mereka mengelak dari dipuja puja orang ramai.
Mereka sangat takut kepada ria atau sombong diri.
Mereka tidak mengejar dunia tapi membesar serta mengutamakan akhirat.
Dalam mengerjakan kebaikan, mereka tidak mengharapkan apa apa upah atau imbuhan dari manusia sebaliknya upah mereka adalah daripada Allah semata mata.
Mereka
tidak berebut rebut untuk menjadi pemimpin atau mau kepada jawatan yang tinggi
yang bersifat untung dunia, apatah lagi memijak orang lain untuk mendapat
pangkat lebih tinggi atau seperti enau dalam hutan.
Mereka membayar upah sebelum jatuh keringat orang ke bumi.
Mereka
tidak mendengar atau terpengaruh dengan fitnah. Mereka akan mengadili dan
menyiasat dengan adil sebelum menjatuhkan hukuman.
Bertindak sebagai hakim yang adil dengan tidak mendengar hanya kepada sebelah pihak sahaja sebaliknya kedua belah pihak yang dituduh dan pihak yang menuduh disiasat dengan terperinci bagi mengetahui siapa pesalah sebenarnya.
Mereka menjauhi perkara perkara bidaah iaitu perkara perkara yang tidak pernah diajarkan oleh nabi.
Tidak gentar kepada kematian malah mereka menanti nantikannya.
Takut berbuat salah walaupun kesalahan kecil.
Takut
menghinakan manusia lain. Apatah lagi jika mau memfitnah manusia lain!
Tidak
mungkir janji. Mereka menyempurnakan janji mereka.
Tidak membazir masa.
Tidak
membazir makanan.
Tidak membuat perkara sia sia.
Tidak berputus asa.
Tidak takut kepada hantu tetapi takut hanya kepada Allah.
Apabila melamar perempuan perempuan menawan, lamaran mereka ditolak. Tidak ada perempuan yang sanggup menerima lamaran mereka. Tidak ada wanita yang mau menikah dengannya.
Jika dia tidak ada, mereka tidak mencarinya.
Apabila bermesyuarat, dia tidak diundang.
Ketika dia hadir, mereka tidak mengundangnya.
Jika dia muncul, kemunculannya tidak disikapi dengan kegembiraan.
Apabila dia minta izin dari penguasa, maka tidak diizinkan.
Dia tidak suka dikurniakan pangkat.
Dia tidak suka dipuji orang.
Dia tidak suka dimulia mulia atau disebut sebut orang.
Apabila dia sakit, mereka tidak menjenguknya.
Apabila dia mati, mereka tidak menghadiri pada hari kematiannya.
Sering diuji Allah dengan ujian ujian berat atau ujian unik hanya padanya sahaja.
Sentiasa menjadikan Al Quran sebagai punca rujukan hidupnya, beriman kepada ayat ayatnya dan mengamalkan pengajaran daripada Al Quran dalam kehidupan sehariannya.
Menapis segala nasihat orang lain dengan bijak iaitu dengan berfikir dan meneliti dengan terperinci samada yang menasihat itu adalah penasihat yang baik atau mendengar daripada tukang punahsihat.
Mencontohi dan memiliki sifat sifat terpuji iaitu Fathonah, Amanah, Siddiq dan Tabligh .
Contoh terbaik orang orang yang hampir adalah para Nabi, para Rasul dan juga orang orang seperti Uwais Al Qarni.
https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2019/09/12/husein-orang-gila
Kisah uwais al qarni yang bikin meneteskan air mata ll Ustad Hanan Attaki
https://www.youtube.com/watch?v=9C_vc3jGXQY
https://www.youtube.com/watch?v=8NIvZrlreas
https://www.youtube.com/watch?v=HwTfR8Ks2fI
Mohon dibetulkan jika ada apa apa yang salah di atas.
Allah saja yang Maha mengetahui nya.
.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.