Total Pageviews

Monday, 8 June 2020

Mencari Suami

 

Mencari Suami

 

P Ramlee pernah berpesan dalam lagunya, jika mencari suami wahai adik, kena betul betul. Kalau tersilap pilih wahai adik, kena kaki botol.

Demikian juga bagi kaum lelaki, P Ramlee berpesan; Kalau memilih isteri wahai tuan, kena betul betul, kalau tersalah pilih wahai tuan, kena Queen Control...

Jika diamati senikata lagu P. Ramlee ini, memang ada dan tepat  kebenarannya... Oleh itu, perlulah kita bijaksana prihatin dalam memilih bakal calon pasangan masing masing. Lelaki baik dan perempuan baik memang ada dan kita perlu sabar menunggu carinya sehingga berjumpa. Sekiranya ketemu, jangan tunggu lama lama membuang masa memikirkannya.. Ambil saja cepat sebelum dia diambil orang!!

Justeru, coretan kali ini ditujukan khas kepada kaum wanita untuk panduan mereka memilih pasangan hidup masing masing. Untuk kaum lelaki, inshaAllah di kelapangan waktu yang lain jika tiada halangan, akan cuba diselitkan. Walaupun tips ini bukan yang terbaik, namun telah diusahakan dengan seupaya mungkin supaya ia bermanfaat untuk diguna pakai.

 

1. Tidak merokok – kerana merokok akan merosakkan kesihatan anak dalam kandungan ibu. Suami perlu wash out atau mengosongkan Residual Volume udara paru paru di luar rumah iaitu sekurang kurangnya suami perlu berada 15 minit di luar rumah sebelum masuk ke dalam rumah. Jika tidak, Residual Volume udara yang masih tinggal (500mL) dalam paru paru suami boleh mencemarkan kualiti udara dalam rumah dengan bau dan racun rokok.

 

2. Tidak melakukan rosak bencana, sebaliknya melakukan kebaikan kepada alam, insan, flora dan fauna.

a. Menjaga kelestarian alam sekitar dan bukan memporak perandakan alam sekitar – konsep ini diajarkan semasa mengerjakan haji di mana dilarang memetik memotong mengerat daun atau pucuk rumput, juga dilarang membunuh atau menyiksa haiwan, belalang, semut dilarang mengalihkan batu atau tanah tanpa sebab. Perkara baik ini eloklah diamalkan walaupun sudah tidak berada di tanah Mekah.

b. Gemar bercucuk tanam.

c. Mencintai alam sekitar dan keindahan semulajadi.

d. Tidak membuang sampah merata rata.

e. Memusuhi plastik dan sebarang bentuk pencemaran → bahaya bahan pencemar kimia phthalate dan dioxin kepada kesihatan.

f.   Minat melakukan pembiakan atau penggandaan pokok pokok nadir atau haiwan ( pokok atau jenis binatang yang jarang ditemui atau sudah hampir pupus ).

g. Akan mencuba seboleh upaya untuk mengelak dari melanggar dengan sengaja katak, mengkarung, siput, labi labi yang melintas jalan.

 

3. Berfikiran jauh, memikirkan masa depan serta suka mengenalpasti apa bentuk masalah yang akan datang beserta langkah penyelesaian:

a. Teratur dan berhemah.

b. Meletakkan pam dalam kereta.  

c. Meletakkan payung dalam kereta.

d. Ada meletakkan kain baju dalam kereta.

e. Menyediakan baju hujan pada motosikal.

f.   Meletakkan air basuh tangan dalam kereta.

g. Pengurusan kewangan yang baik dan tidak boros.

h. Dsbnya

 

4. Berlaku adil

 

5. Bertangungjawab

 

6. Berfikir sebelum bercakap – apa impak atau apa keburukan atau apa kebaikan atau apa tanggapan orang lain kepada apa yang bakal dituturkan.

 

7. Menganalisa Quran, mengambil pengajaran darinya dan mengamalkan apa yang diajarkan oleh Quran.

 

4:82 Tiadakah mereka memperhatikan Al Quran? Kalau sekiranya Al Quran itu lain dari sisi Allah, niscaya mereka peroleh di dalamnya perselisihan yang banyak.

 

18:54 Sesungguhnya telah Kami nyatakan dalam Quran ini bermacam macam contoh untuk manusia. Tetapi manusia itu amat banyak bantahannya.

 

29:19 Tiadakah mereka memperhatikan, bagaimana Allah memulai kejadian, kemudian Dia mengulangnya (menghidupkannya kembali).  Sesungguhnya demikian itu mudah bagi Allah.

 

30:19 Dia mengeluarkan (menjadikan) yang hidup dari (benda) yang mati dan menjadikan (benda) yang mati dari yang hidup, dan Dia menghidupkan bumi sesudah matinya (keringnya). Maka seperti itulah kamu akan dikeluarkan (dari dalam kuburmu).

 

30:20 Di antara tanda tandaNya, ialah bahwa Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba tiba kamu menjadi manusia yang bertebaran (di muka bumi).

 

30:21 Di antara tanda tandaNya, bahwa Dia menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu), supaya kamu bersenang senang kepadanya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi kaum yang memikirkan.

 

30:22 Dan diantara tanda tandaNya, ialah kejadian langit dan bumi, dan bermacam macam bahasa kamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda bagi orang orang yang mau tahu.

 

30:23 Di antara tanda tandaNya juga, ialah tidurmu pada malam dan siang dan menuntutmu akan kurniaNya (rezekiNya). Sesungguhnya tentang demikian itu, menjadi tanda bagi kaum yang mau mendengarkan.

 

30:24 Dan diantara tanda-tandaNya, bahwa Dia memperlihatkan kilat kepadamu, lalu kamu takut (akan petirnya) dan harap (akan turun hujannya), kemudian Dia turunkan air dari langit, lalu dihidupkanNya dengan air itu, bumi sesudah matinya. Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat bagi kaum yang memikirkan.

 

30:25 Dan diantara ayat ayatNya, ialah bahawa berdiri langit dan bumi dengan perintahNya ( kekuasaanNya ). Kemudian bila Dia menyeru kamu dengan satu seruan, tiba tiba kamu dikeluarkan dari dalam bumi (kuburmu).

 

30:46 Di antara tanda tandaNya, bahawa Dia mengirim angin sebagai khabar gembira dan supaya Dia merasakan rahmatNya kepadamu dan supaya berlayar kapal dengan perintahNya dan supaya kamu mencari rezekiNya, mudah mudahan kamu berterima kasih (kepadaNya).

 

32:27 Tiadakah mereka melihat, bahwa Kami mengalirkan air ke bumi yang kering; lalu Kami tumbuhkan dengan dia tanam tanaman, setengahnya dimakan oleh ternak mereka dan diri mereka sendiri? Tiadakah mereka melihatnya?

 

36:37 Dan (lagi) satu keterangan bagi mereka, ialah malam, Kami kelupaskan siang daripadanya, lalu mereka dalam kegelapan.

 

36:38 Dan (suatu keterangan juga bagi mereka) matahari, ia berlari (beredar) hingga tempat tetapnya. Itulah takdir (aturan Allah) yang Mahaperkasa lagi Mahamengetahui.

 

36:39 Dan bulan, Kami aturkan (perjalanannya) pada beberapa tempat, sehingga ia kembali seperti seludang yang tua (kecil seperti sabit).

 

36:40 Matahari tiada sepatutnya mengejar bulan, dan malam tiada (sepatutnya) mendahului siang. Masing masingnya beredar pada falaknya (tempat peredarannya).

 

54:17 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran (bagi manusia) untuk jadi pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

 

54:22 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran (bagi manusia) untuk  pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

 

54:32 Sesungguhnya telah Kami mudahkan Quran untuk  pengajaran. Adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

 

54:40 Sesungguhnya Kami telah memudahkan Quran untuk  jadi pengajaran. Maka adakah orang yang mengambil pengajaran (daripadanya)?

 

 

 

8. Sentiasa mengingati Allah tidak kira semasa ia berdiri duduk atau berbaring.  

 

a. 3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksaan neraka.

 

b. 4:103  Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.

 

 

 

9. Tidak takut mati malah mereka menanti nantikannya.

 

2:94  Katakanlah: Jika kampung akhirat khusus untukmu di sisi Allah, tanpa manusia yang lain, maka hendaklah kamu cita cita mati, jika kamu orang yang benar.

 

3:185  Tiap2 diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Sesungguhnya akan disempurnakan pahala kamu pada hari kiamat. Barang siapa yang terjauh dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya menanglah ia. Tiadalah hidup di dunia ini, melainkan kesenangan yang memperdayakan.

 

 

4:78 Di mana juapun kamu berada, niscaya maut akan mendapati kamu, meskipun kamu tinggal dalam benteng yang tertinggi.

 

20:75 Barang siapa menghadap Tuhan, sedang ia beriman dan mengerjakan yang baik baik, maka untuk mereka itu pangkat yang tinggi.

 

29:57 Tiap tiap diri (manusia) mesti merasai mati. Kemudian kepada Kami kamu dikembalikan.

 

33:23 Di antara orang-orang Mukmin ada beberapa lelaki yang menepati apa yang telah dijanjikannya kepada Allah. Maka di antara mereka ada yang telah sampai ajalnya (mati) dan di antara mereka ada yang menanti-nantikannya (ajalnya), dan mereka tiada menukar (janji) dengan tukaran apa pun.

 

62:6  Katakanlah: Hai orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwakan, bahawa kamu wali ( kekasih ) Allah, bukan manusia (yang lain) maka hendaklah kamu cita cita mati, jika kamu orang yang benar.

 

62:8 Katakanlah: Sesungguhnya mati, yang lari kamu daripadanya, sesungguhnya ia akan menemui kamu, kemudian kamu dikembalikan kepada Yang mengetahui yang ghaib dan yang hadir, lalu dikhabarkanNya kepadamu apa apa yang telah kamu kerjakan.

 

67:2 Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya, dan Dia Mahaperkasa lagi Pengampun.

 

 

 

10.           Berani menegur perkara yang salah dan menyeru kepada kebaikan walaupun tahu dengan berkata benar atau menegakkan yang benar dia akan menjadi tidak popular atau mungkin dicerca atau dimusuhi oleh pihak yang lain.

 

3:104 Hendaklah ada di antara kamu umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh dengan maaruf (yang baik baik) dan melarang dari yang mungkar; dan mereka itulah yang menang.

 

 

 

11.           Lelaki tersebut meminta isterinya melayan ibu bapa suami melebihi sedikit daripada apa yang si isteri melayan diri suami itu sendiri. Ini bertepatan dengan konsep syurga suami ada pada ibu suami (suami wajib taat kepada ibu); manakala syurga isteri ada pada suami ( isteri mesti taat kepada suami. Sekiranya sudah menjadi isteri, layanlah suami dengan sebaik mungkin kerana syurga isteri ada pada suami.. )

 

 

12.           Pastikan lelaki itu boleh berkata kata: Saya sayang cik puan dengan sebenar benar sayang, dunia akhirat kerana Allah Taala. InshaAllah, suami seperti ini tidak akan meninggalkan puan sekiranya puan telah tua, telah jatuh sakit, lumpuh, cacat, perlu rawatan hemodialisis dsbnya. Sedarlah bahwa, apabila lelaki atau wanita berkahwin, mereka sebenarnya berkahwin atau bertanggungjawab kepada semua ahli keluarga pasangan tersebut!

 

 

 

13.           Ingatlah, bahawa kesempatan peluang yang baik tidak kerap dijumpai atau tidak datang selalu. Sekiranya cik puan terjumpa lelaki seperti ini, ayuh, janganlah bertangguh lagi, jangan banyak berfikir, jangan lepaskan peluang, nanti mereka diambil orang kerana lelaki seperti itu sedikit sebanyak, ada memiliki sifat kriteria manusia yang hampir dengan Allah ( lihat Tafsir Ayat Quran 56:11 di bawah ). Justeru, seboleh bolehnya jika cik puan mau mencari calon suami, pilihlah mereka dari golongan mereka yang hampir dengan Allah ( Quran 56:11 ). Golongan hampir adalah mereka yang paling banyak mendapat ujian dari Allah dan mereka sangat taqwa kepada Allah. Sekiranya cik puan susah mendapatkan golongan hampir, kerana bilangan mereka sekarang hanya sedikit ( 56:14 ), maka gunalah kebijaksanaan cik puan mencari calon suami dari mereka yang bergolongan kanan ( Quran 56:8 ).

 

 

 

2:155 Demi, sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan suatu (cubaan), iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah buahan. Dan berilah khabar gembira orang2 yang sabar (atas cubaan itu).

 

2:156 (Iaitu) orang2, apabila mereka ditimpa musibah (melapetaka), mereka berkata: Inna lillahi wainna ilaihi radji’un. ( Bahwa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya).

 

2:157 Untuk mereka itu salawat (berkat) dari Tuhannya serta rahmat , dan mereka itu mendapat petunjuk.

 

3:68 Sesungguhnya, yang sehampir hampir manusia kepada Ibrahim, ialah orang2 yang mengikutinya dan nabi ini (Muhammad) serta orang2 yang beriman, dan Allah wali (memimpin) orang2 yang beriman.

 

3:163 Mereka itu bertingkat tingkat di sisi Allah dan Allah Mahamelihat apa apa yang mereka kerjakan.

 

3:106 Pada hari (kiamat) ada yang putih muka dan ada yang hitam muka. Adapun orang orang yang hitam mukanya (dikatakan kepadanya): Mengapakah kamu kafir sesudah kamu beriman? Sebab itu rasailah olehmu siksaan, kerana kamu kafir.

 

3:107 Adapun orang2 yang putih mukanya, mereka dalam rahmat Allah (syurga), serta kekal di dalamnya.

 

3:191 (Yaitu) orang orang yang mengingat Allah ketika berdiri, duduk dan waktu berbaring; dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, (sambil berkata): Ya Tuhan kami, bukanlah Engkau jadikan ini dengan percuma (sia2). Mahasuci Engkau, maka peliharakanlah kami dari siksaan neraka.

 

4:103  Apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, hendaklah kamu ingat akan Allah waktu berdiri dan duduk dan berbaring. Apabila kamu telah aman (tiada berperang lagi), maka dirikanlah sembahyang (sebaik baiknya). Sesungguhnya sembahyang itu diperlukan atas orang2 mukmin pada waktunya.

 

8:19 Jika kamu minta pertolongan, sesungguhnya telah datang pertolongan itu kepada mu dan jika kamu berhenti, lebih baik bagimu. Tetapi jika kamu kembali, Kamipun kembali pula. Tidak berguna bagimu jamaah kamu sedikit juga, sekalipun banyak bilangannya. Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang beriman.

 

8:46 Taatlah (patuhlah) kepada Allah dan rasulNya dan janganlah kamu berbantah bantah, nanti kamu lemah (kalah) serta hilang kekuatanmu; dan hendaklah kamu berhati sabar. Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang sabar.

 

13:28 (Iaitu) orang orang yang beriman dan tenteram hatinya dengan mengingat Allah. Ingatlah (bahawa) dengan mengingat Allah itu, tenteramlah segala hati.

 

25:63 Hamba hamba Yang Mahapengasih, ialah orang orang yang berjalan di muka bumi dengan tenang (tidak sombong), jika mereka dicela oleh orang orang jahil (jahat), mereka berkata: Selamat !

 

25:64 Dan orang orang yang pada malam hari bersujud dan sembahyang pada Tuhannya.

 

25:65 Dan orang orang yang berkata : Ya Tuhan kami, hindarkanlah siksa neraka daripada kami. Sungguh siksanya itu mesti menimpa (orang orang yang kafir).

 

25:67 Dan orang orang yang menafkahkan (hartanya) tanpa berlebih lebihan dan tiada pula kikir, melainkan pertengahan antara keduanya.

 

25:68 Dan orang orang yang tiada menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tiada pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang memperbuat demikian, niscaya akan menemui dosa (siksa).

 

25:70 Kecuali orang yang taubat dan beriman lagi mengerjakan amal salih. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan. Allah Pengampun lagi Penyayang.

 

25:71 Barang siapa yang taubat dan beramal salih, maka sesungguhnya ia bertaubat kepada Allah sebenar benarnya taubat.

 

25:72 Dan orang orang yang tidak mau menjadi saksi palsu, jika mereka liwat dengan omong kosong, mereka lewat sebagai orang yang mulia.

 

25:73 Dan orang orang, jika mereka diberi peringatan dengan ayat ayat Tuhan, mereka tiada menerima dengan telinga pekak dan mata buta (malahan diturutnya).

 

25:74 Dan orang orang yang berkata: Ya Tuhan kami, berilah kami isteri isteri dan anak anak yang mengirangkan hati kami, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang orang yang taqwa.

 

25:75 Orang orang yang tersebut itu akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi (syurga) kerana mereka berhati sabar, dan mereka akan disambut dengan kehormatan dan keselamatan di dalamnya.

 

25:76 Mereka kekal di dalamnya. (Syurga itu) sebagus bagus tempat tetap dan tempat diam.

 

29:69 Orang orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) Kami, niscaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami. Sesungguhnya Allah beserta orang orang yang memperbuat kebaikan.

 

50:16 Sesungguhnya telah Kami jadikan manusia dan Kami ketahui apa apa yang diwas-waskan (dibisikkan) oleh hatinya dan Kami lebih hampir kepadanya dari urat lehernya.

56:7 (Ketika itu) kamu ada tiga macam:

 

56:8 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu? (Orang orang mukmin yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kanannya).

 

56:9 Dan golongan kiri, siapakah golongan kiri itu? (Orang orang kafir yang diunjukkan buku amalannya dari sebelah kirinya).

 

56:10 Dan orang orang dahulu yang terdahulu (masuk Islam).

 

56:11 Mereka itu orang yang hampir di sisi Tuhan.

 

56:12  Dalam syurga kesenangan.

 

56:13  Mereka itu banyak diantara orang orang dahulu,

 

56:14  Dan sedikit diantara orang orang yang kemudian.

 

56:15 Mereka di atas dipan ( peterana ) yang bertatahkan ( emas dan intan ).

 

56:16  Sedang mereka bersandar di atasnya, berhadap hadapan,

 

56:17  Mereka dikelilingi ( dilayani ) oleh anak anak yang berkekalan,

 

56:18  ( Menghidangkan ) cangkir-cangkir, kendi kendi dan gelas arak yang mengalir,

 

56:19  Mereka tiada pusing dan tidak pula mabuk, kerana minuman itu,

 

56:20  Dan buah-buahan di antara apa apa yang mereka sukai,

 

56:21  Dan daging burung yang mereka ingini.

 

56:22  ( Di samping ) mereka itu ada bidadari,

 

56:23  Seperti mutiara yang tersimpan rapi,

 

56:24  (Sebagai) balasan bagi amalan yang mereka kerjakan.

 

56:25  Mereka tiada mendengar di dalamnya omong kosong dan tidak pula yang mendosakan,

 

56:26 Melainkan ucapan: Selamat, selamat!

 

 

 

56:27 Golongan kanan, siapakah golongan kanan itu?

 

56:28 Mereka dalam (kebun) pohon sidr yang tidak berduri,

 

56:29 Dan pohon pohon pisang yang tersusun,

 

56:30 Dan Naung yang terbentang,

 

56:31 Dan air yang mengalir terus

 

56:32 Dan buah buahan yang banyak,

 

56:33 Yang tidak putus putus dan tidak pula terlarang

 

56:34 Dan hamparan yang tinggi

 

56:35 Sesungguhnya Kami adakan ( untuk mereka ) bidadari bidadari dengan satu kejadian.

 

56:36 Lalu Kami jadikan mereka itu tetap perawan,

 

56:37 Cinta kepada suaminya, sebaya umurnya.

 

56:38 (Semuanya itu) untuk orang2 golongan kanan,

 

56:39 (Mereka itu) banyak di antara orang orang dahulu,

 

56:40 Dan banyak pula di antara orang orang yang kemudian.

 

56:41 Orang orang golongan kiri, siapakah orang orang golongan kiri itu?

 

56:42 (Mereka) dalam api yang panas dan air yang panas

 

56:43 Dan naungan asap yang hitam.

 

56:44 Yang tiada sejuk dan tiada pula baik.

 

56:45 Sesungguhnya mereka sebelum itu (dahulu) bersenang senang (bermewah mewah),

 

56:46 Dan mereka terus menerus (memperbuat) dosa yang besar.

     

56:47  Dan mereka itu berkata: Apabila kami telah mati dan telah menjadi tanah dan tulang tulang, adakah kami akan dibangkitkan kembali,

 

56:48 Dan manakah bapa bapa kami yang dahulu?

 

56:49 Katakanlah: Sesungguhnya orang orang dahulu dan orang orang kemudian,

 

56:50 Akan dihimpunkan pada waktu hari yang ditentukan,

 

56:51 Kemudian, sesungguhnya kamu, hai orang orang yang sesat dan mendustakan,

 

56:52 Akan memakan pohon zaqum,

 

56:53 Sehingga memenuhi perutmu kerananya,

 

56:54 Lalu kamu meminum air yang sangat panas,

 

56:55 Lalu kamu meminumnya, seperti minum (unta) yang sangat haus.

 

56:56 Inilah hidangan (yang disediakan) untuk mereka pada hari pembalasan.

 

56:57 Kami telah menjadikan kamu, maka mengapakah kamu tidak membenarkan (hari berbangkit itu)?

 

56:88 Adapun jika mayat itu di antara orang orang yang hampir (kepada Tuhan),

 

56:89 Maka ( untuknya ) kesenangan, rezeki yang baik dan syurga kenikmatan,

 

56:90  Adapun jika ia diantara golongan kanan,

 

56:91  Maka keselamatanlah bagi engkau, kerana (ia) golongan kanan.

 

56:92  Adapun jika ia diantara orang orang yang mendustakan lagi sesat,

 

56:93  Maka hidangan rezekinya ialah air yang sangat panas,

 

56:94  Dan masuk neraka.

 

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.