Total Pageviews

Monday 8 June 2020

Orang lelaki lebih kuat daripada wanita

 

Orang lelaki lebih kuat daripada wanita

 

Apabila seorang wanita suka pada seorang lelaki suami orang, maka dia boleh berkongsi lelaki itu dengan wanita lain... Maknanya Allah lebih lembut pada wanita !

 

Apabila seorang lelaki suka pada seorang wanita isteri orang, maka dia TIDAK boleh berkongsi wanita itu dengan lelaki lain... Maknanya Allah lebih keras kepada lelaki !

 

Buktinya juga semua nabi nabi dan rasul rasul adalah lelaki. Orang wanita tidak redho bila Allah uji dengan lakinya kahwin satu lagi. Walhal hak wanita mengikut Islam adalah ¼ sahaja daripada suaminya itu. Manakala ¾ lagi suaminya adalah menjadi hak wanita lain. Tapi suami yang bagaimana yang Allah iktiraf seperti ini?

Sudah tentulah dari kalangan suami yang benar, yang lurus dan yang Allah redho.

Nabi nabi lelaki diuji Allah sampai tahap nyawa melayang dari badan...

Wanita wanita Allah uji hanya di tahap perasaan berkongsi kasih sayang dengan wanita lain, tapi para wanita susah nak redho.

Jika wanita sudah jadi mayat sekalipun, P Ramlee pesan dalam filem Do Re Mi bahawasanya mayat wanita sanggup bangkit semula untuk melarang suaminya daripada berkahwin dengan wanita lain. Bukankah itu agak zalim ertinya?

Jadi, bilakah agaknya, kita mampu duduk di makam sabar, benar, redho dan taqwa seperti terungkap dalam Quran surah Ali Imran : Ayat 120, 125, 186 dan Surah Yusuf Ayat 90?

 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.