Total Pageviews

Friday, 8 May 2020

Muallaf - Jangan pendam stress

 

Stres di kalangan muallaf: Jangan pendam, rujuk pakar

 

https://www.yadim.com.my/v2/stres-di-kalangan-muallaf-jangan-pendam-rujuk-pakar/

 

RUTIN hidup Abu setiap hari adalah sama seperti kebanyakan Melayu-Islam lain iaitu selepas solat Subuh, sarapan, bersiap untuk ke tempat kerja, makan tengah hari, solat Zohor, sambung kerja, waktu petang balik rumah, berehat bersama keluarga. Sesekali semasa datang warak, baca al-Quran sementara menunggu Isyak.

Abu beruntung kerana dilahirkan oleh ibu bapa beragama Islam yang bermakna akidahnya bertuhankan Allah dan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul ikutan. Namun persoalannya, adakah Abu dan Melayu-Islam lain selalu mengucapkan kesyukuran kepada Allah kerana dianugerahkan nikmat Tauhid ini?

Berbeza dengan individu lain yang dilahirkan oleh ibu bapa beragama selain Islam, meskipun semasa dilahirkan status mereka adalah sama iaitu suci bersih (fitrah) tetapi ibu bapa mereka yang bertanggungjawab menentukan agama anutan.

 

h kembali kepada Islam (revert), bukannya convert lebih suka digunakan oleh masyarakat Eropah yang memeluk Islam. Mereka tidak suka menggunakan perkataan convert kerana ia mempunyai konotasi negatif seolah-olah Islam mempengaruhi seseorang manusia kepada kepercayaan secara salah. Sedangkan memeluk Islam itu sebenarnya adalah kembalinya manusia itu kepada fitrah, acuan Allah yang datang bersama kelahiran setiap insan.

Apabila saudara baru ini kembali kepada Islam, maka Melayu-Islam kenalah beri sokongan padu kerana mereka telah melakukan pengorbanan terbesar dalam hidup . Bukan kaleng-kaleng tapi membabitkan soal masa depan mereka di akhirat kelak – menuju ke syurga.

Peratusan mualaf kembali kepada Islam saban tahun semakin meningkat, antaranya statistik dikeluarkan Jakim bagi tempoh 1990 – 2004 sebanyak 82,530 daripada pelbagai bangsa, etnik, budaya dan keturunan.

Memang peningkatan ini memberangsangkan tetapi perlu diingatkan bahawa ia turut datang berpakej dengan pelbagai cabaran yang mampu menggugat keteguhan iman mereka. Seperti emosi, adat, budaya, kekeluargaan, ekonomi, kerjaya, birokrasi, perundangan dan sebagainya. Jika ia tidak ditangani sebaik mungkin, masalah negatif lain bakal muncul iaitu stres yang membawa kepada masalah mental dan paling teruk menambahkan statistik murtad.

Dr Osman Chuah dalam tesisnya, ‘Interaction and Integration of Chinese Muslims with their Malay Counterparts in Selangor’ pada 1997, antara lain membincangkan tentang cabaranterpaksa dihadapi komuniti Cina Muslim selepas memeluk Islam.

Ia seperti, stereotaip tidak sihat dalam keluarga bukan Muslim yang menganggap menganut Islam bermakna masuk Melayu (Jip Huan) dan mereka yang kembali kepada Islam dilihat sebagai pengkhianat bangsa. Perlu diakui bahawa tekanan ini maha hebat!.

Permasalahan ini antara intipati yang dibincangkan dalam program live streaming Talk Show Yadim, Mutiara Minda Siri 9, 2020 bertajuk, “Kenali Stres, Bahaya dan Cara Mengatasinya Untuk Mualaf.” Panelisnya ialah Prof. Dr Nuraisyah Chua Abdullah dari Fakulti Undang-Undang UiTM dan Prof. Madya Dr Salmi Razali, pakar Psikiatri Fakulti Perubatan UiTM yang dikendalikan oleh Dr Johari Yap, Naib Presiden Peratuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) sebagai moderator.

Prof Nuraisyah yang memeluk Islam pada 1994 semasa belajar di sekolah menengah memaklumkan bahawa permasalahan yang dihadapi oleh mualaf berbeza antara satu sama lain dan mengikut pelbagai fasa tertentu.

Petua saya sejak dari dahulu ialah kena latih diri supaya sentiasa cekal, jangan jadikan diri ‘lemah’ kerana ia bakal menjejaskan usaha untuk menguatkan diri sendiri. Kena cari kumpulan sokongan tapi pada masa sama jangan terlalu meletakkan pergantungan sepenuhnya kepada orang lain.

“Tips kurangkan stres saya mudah, selalu senyum kerana apabila orang lain nampak kita stres dan perasan dengan keadaan itu, menyebabkan kita bertambah jadi lebih stres. Bunyi macam mudah tapi hakikatnya agak sukar kerana mualaf telah memilih sesuatu yang amat besar dalam kehidupan iaitu tukar agama dan gaya hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Prof. Madya Salmi ketika ditanya adakah terdapat statistik khusus mengenai kumpulan mualaf yang mengalami stres hingga menghadapi masalah mental, menjelaskan:

“Setakat ini tiada lagi kajian atau statistik khusus tentang mualaf lebih mudah terkena stres hingga membawa kepada masalah lebih serius iaitu mental. Sebenarnya bukan mualaf sahaja boleh stres, dalam keadaan situasi semasa sekarang sesiapa sahaja tidak terkecuali daripada masalah stres ini.”

Nasihat beliau kepada sesiapa sahaja termasuk mualaf jika mengalami masalah stres, jangan segan atau malu untuk merujuk kaunselor bertauliah bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Jangan pendam, kongsilah masalah, Insya Allah ia mampu meredakan tekanan. Apa yang menjadi masalah, ramai sanggup rujuk media sosial, you tube tapi enggan jumpa kaunselor. Tak tahu? sila rujuk portal Lembaga Kaunselor Malaysia untuk kenal pasti nama kaunselor bertauliah di setiap negeri.

“Boleh juga rujuk klinik kesihatan daerah yang mempunyai kaunselor dan jika masalah stres agak serius, boleh juga pesakit itu dirujuk kepada pakar psikiatri. Kata kuncinya adalah jangan malu dan jangan pendam,” katanya.

Menyentuh mengenai sokongan sokongan moral kepada mualaf, penulis amat tertarik dengan pelajar mualaf OKU cacat penglihatan yang mengikuti pengajian peringkat diploma tahfiz di Darul Quran (DQ), Kuala Kubu Bharu, Tan Mike Fong. Beliau yang berusia 23 tahun dan telah memeluk Islam sejak empat tahun lalu tinggal di asrama DQ tetapi ibunya yang beragama Buddha menghormati pilihannya itu.

Penulis yang sering melawat anak di DQ pada hujung minggu amat tersentuh apabila sering melihat ibu Mike datang untuk menguruskan keperluan anaknya itu – ambil baju-baju kotor, bawa bekalan makanan dan bertanya khabar. Allahuakbar hebatnya hubungan itu, terpancar keikhlasan, kejujuran dan hubungan kasih sayang jitu antara mereka berdua.

Kita macam mana? Manfaatkan sebaik mungkin hubungan saudara seagama ini, sokong dan bantulah mereka tangani stres. Insya Allah ganjarannya nanti amat besar. Hasil tuaiannya bukan sahaja di dunia tapi bakal melangkau hingga ke akhirat.

Tarmizi Abdul Rahim ialah mantan Ketua Meja Agama di Utusan Malaysia

Berpengalaman luas sebagai wartawan, kini menyumbangkan penulisannya di pelbagai platform.

 

 

https://www.yadim.com.my/v2/stres-di-kalangan-muallaf-jangan-pendam-rujuk-pakar/

 

.

 

Manusia terhebat adalah yang tertinggi takwa

 

Manusia yang paling hebat adalah yang paling tertinggi tahap takwa nya

 

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

 

Sesuatu yang sudah disepakati oleh semua ialah penilaian kemuliaan seseorang itu adalah taqwa. Ini jelas termaktub di dalam al Quran "Wahai manusia sesungguhnya Kami ciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku untuk saling kenal-mengenal, sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu adalah orang-orang yang bertakwa" (Q.S. Al-Hujurat [49]: 13).

Juga diterangkan oleh Nabi Muhamad SAW : “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang Arab ke atas ‘ajam (yang bukan Arab), atau ‘ajam ke atas Arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi,)

Syarat utama taqwa yang menjadi nilai ukuran utama kemuliaan di sisi Allah SWT ialah beriman dengan Allah SWT, hari akhirat, beriman dengan kandungan al Quran dan sifat-sifat taqwa lain yang terkandung di dalam al Quran mahupun hadis Rasulullah SAW.

Pendek kata, taqwa hanya mampu diraih oleh orang yang mempunyai syarat paling asas iaitu seorang Muslim. Mustahil orang yang  mensyirikkan Allah itu ( Contoh : Jika ada manusia  yang mempunyai perasaan takut kepada hantu, dan manusia mengatakan atau mengiktiraf hantu lebih besar dari Allah ) menjadi orang yang bertaqwa dan meraih kemuliaan Allah SWT.  

Jelas sekali, jika kita membuat perbandingan antara orang kafir dengan orang Islam yang mampu meraih taqwa adalah orang Islam bahkan orang tidak bertuhan tidak mampu meraih taqwa kerana mereka tidak mempunyai syarat paling asas iaitu keimanan kepada Allah SWT.

Jadi patut difahami dari ayat dan hadis di atas ialah persaingan untuk meraih taqwa adalah sesama orang Islam sementara orang tidak bertuhan sejak dari awal lagi terkeluar dari persaingan itu.

 

 

Taqwa penentu nikmat-Nya

Satu perkara yang sering dilupakan ialah, sebagaimana ukuran kemuliaan individu itu adalah taqwa, begitu juga sesebuah kelompok sama ada berdasarkan komuniti sesuatu tempat mahupun bangsa dan keturunan diukur kemuliaannya berdasarkan taqwa. Ini bermakna taqwa bukan setakat menjadi ukuran kemuliaan kepada individu tetapi juga ukuran kemuliaan kepada kelompok termasuk pelbagai bangsa yang diciptakan oleh Allah SWT.

Allah SWT pernah mengingatkan sekelompok penduduk kampung, keimanan, ketakwaan dan kekufuran mereka akan menjadi penentu kepada keseimbangan pengurniaan nikmat daripada-Nya.

Firman Allah SWT : Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka sudah usahakan. (QS al A’raf :96)

Berdasarkan kefahaman di atas, mana-mana bangsa yang individunya adalah Muslim maka individu itu adalah berpotensi untuk meraih taqwa tanpa mengira bangsa sama ada dia Cina, Rusia, Jepun, India, Mat Saleh, Atheis dsbnya.

 

https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/11/501167/takwa-jadi-ukuran-kemuliaan

 

.

 

Converting To Islam

 

Converting To Islam

https://www.youtube.com/watch?v=rdlplTnQaCI

 



https://www.youtube.com/watch?v=rdlplTnQaCI

 

..