TIADA KERJA UNTUK DOKTOR SISWAZAH TAHUN DEPAN
Saya bukan menentang langkah kerajaan dalam menguruskan negara. Cuma minta kerajaan lebih berfikiran jauh memikirkan langkah yang perlu diambil bila berlakunya suatu masalah.
Satu ketika dulu, dikatakan bilangan doktor tidak mencukupi,
maka banyaklah kolej dan fakulti perubatan dibuka di universiti tempatan dan
ramai dihantar belajar di luar negara.
Kemudian kebanjiran pelajar-pelajar perubatan, sehingga ramai
doktor siswazah yang tidak dapat di'supervised' dengan sempurna.
Lepas ini kerajaan terpaksa memikirkan tentang masa depan
pelajar-pelajar yang sedang berada di fakulti perubatan.
Ini semua disebabkan langkah terburu-buru membuka banyak kolej
dan fakulti perubatan atas nasihat penasihat yang berpandangan sempit.
Masalah pengangguran di kalangan pelajar jururawat belum
selesai, kini pelajar perubatan pula.
Panggillah MMA dan NGO yang berkaitan untuk mendapatkan
pandangan ikhlas. Bukan mendengar nasihat-nasihat yang ada kepentingan.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.