Doktor
pelatih manja, ponteng kerja
KUALA
LUMPUR: Ada kalangan doktor pelatih yang terlalu manja sehingga sukar
menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja di hospital, antara faktor mereka
ponteng kerja.
Pengerusi
Biro Media Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria,
berkata masalah ponteng kerja ini biasanya membabitkan doktor pelatih dan
jarang berlaku dalam kalangan doktor yang sudah disahkan jawatan.
"Kalau
ikutkan beban kerja, doktor pelatih sekarang lebih beruntung kerana bekerja
tidak lebih daripada lapan jam dan ini berbeza dengan berbanding pegawai
perubatan (MO) yang melalui proses latihan yang panjang.
"Dengan
bebanan yang kurang ini sepatutnya masalah ini tidak berlaku," katanya.
Beliau
mengulas kenyataan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, ramai
pengamal perubatan di hospital kerajaan yang dibuang kerja kerana ponteng
kerja, ada yang sehingga 400 hari.
Presiden
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr John Chew Chee Ming, berkata adalah
menjadi tanggungjawab universiti memilih dan melatih calon yang sesuai untuk
menyertai kerjaya perubatan yang sangat mencabar.
"Sikap
doktor muda ini bukan saja merugikan sumber tenaga negara tetapi pada masa sama
memberi risiko kepada pesakit.
"MMA
sudah menyuarakan kebimbangan mengenainya sejak 10 tahun dan sekarang dapat
dilihat kesan daripada kelemahan perancangan serta penswastaan sekolah
perubatan.
"Saya
tidak pasti berapa ramai doktor pelatih yang diberhentikan tetapi isu ini perlu
diberi perhatian untuk melindungi pesakit kita," katanya.
Ketua
Biro Kesihatan ABIM (BKA), Dr Shahrizal Azwan Samsudin, berkata kebanyakan
doktor pelatih sekarang tidak boleh bekerja dalam tekanan, termasuk kerja
berterusan untuk tempoh yang lama.
"Suasana
dan beban kerja di hospital juga dipercayai turut menjadi punca tekanan
melampau dialami doktor pelatih sehingga ada yang tidak berminat meneruskannya.
"Sekarang
ini jumlah doktor semakin ramai, tindakan disiplin yang dikenakan juga semakin
ketat. Jadi apabila mereka tidak datang bertugas untuk tempoh tertentu mereka
akan diberi surat amaran, diikuti surat berhenti kerja.
"Keadaan
ini berbeza dengan keadaan kira-kira 10 tahun lalu di mana tindakan disiplin tidak
seketat sekarang.
"Jika
dulu, doktor yang bermasalah akan diberi surat amaran terlebih dulu dan perlu
melalui beberapa proses sebelum tindakan berhenti kerja diambil," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.