Total Pageviews

Friday, 22 September 2017

khasiat kelapa



khasiat kelapa







KELAPA bermanfaat untuk pelbagai kegunaan. Kandungan kelapa kaya dengan khasiat kalori, protein dan zat besi, Omega 3, kalsium dan glukosa menjadikan bahan ini sebenarnya baik untuk penjagaan kesihatan dan penjagaan kecantikan diri.
Khasiat santan kelapa
Santan dipelbagaikan kegunaannya dalam kalangan masyarakat Asia sebagai bahan menyuburkan rambut dan melembutkan kulit.
Diperkaya dengan nutrisi, santan kelapa mengandungi pelbagai vitamin, mineral, elektrolit termasuk potasium, kalsium dan klorida.
Ia membantu memperbaiki tekstur kulit, mengembalikan kelembapan dan mengurangkan masalah kulit kering atau ruam.
Mengandungi vitamin C menjadikan kulit lebih anjal dan melambatkan proses penuaan.
Jaga kecantikan rambut
Santan dipercayai dapat memberikan kesuburan pada rambut kerana ia mewah dengan kandungan lemak dan vitamin E.
Nutrisi itu dapat meningkatkan pertumbuhan rambut dan menjadikan rambut anda lebih lembut, terurus dan menawan.
Penggunaan santan pada rambut membantu memulihkan rambut kering, rosak, rapuh, bercabang dan meningkatkan kesihatan folikel rambut sera merangsang pertumbuhannya.
Kelebihan kandungan vitamin C dalam air kelapa pula dapat melembapkan rambut, mengurangkan masalah kulit rambut berminyak, mengatasi masalah kulit kepala seperti kelemumur dan melewatkan pertumbuhan uban.
Minyak kelapa
Boleh diolah sebagai pembersih untuk solekan kerana ia kaya dengan kandungan nutrisi melembapkan kulit, merawat masalah bibir dan kutikel kuku daripada kekeringan.
Penggunaan minyak kelapa boleh mencerahkan, menyeri dan menyegar serta melembapkan kulit.
Tekstur minyak kelapa yang likat mengembalikan ton asal kulit tubuh apabila disapukan terus ke tubuh sebagai lulur.
Sapuan di bawah mata lesu membantu menghilangkan garisan halus dan menghilangkan tanda penuaan kulit wajah.
INFO: Manfaat kelapa
* Hampas kelapa - dijadikan lulur menanggalkan kotoran kulit.
* Santan - mengembalikan tekstur rambut ikal semula jadi.
* Minyak kelapa - krim cukur melindungi kulit yang tercedera.
* Kandungan lemak minyak kelapa - pemutihan gigi.
* Minyak kelapa - nafas segar.
* Merangsang metabolisme tubuh.
* Bantu haruman tahan lama.
* Kurangkan kesan gigitan nyamuk dan selaran matahari.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.