Lambakan
Doktor di Malaysia
Kementerian Pendidikan Tinggi akan berbincang dengan Kementerian
Kesihatan terhadap cadangan pembekuan kursus perubatan baharu dan tawaran
kursus perubatan oleh institusi pengajian tinggi dalam usaha mengurangkan
lambakan doktor pelatih di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, jalan penyelesaian yang akan memanfaatkan industri perubatan akan dicari.
"Kita akan berbincang dengan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam kerana ketika ini kursus berkenaan dibekukan, tetapi apabila tempoh itu tamat nanti, akan ditentukan sama ada mahu dihentikan atau tidak.
"Sekiranya wujud keperluan untuk meneruskan, maka kita akan meneruskannya, sebab kita bekerjasama rapat dalam hal ini," katanya selepas majlis beramah mesra dengan Pemimpin Perwakilan Mahasiswa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) di Dewan Cancelor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut dihadiri Timbalanya Datuk Mary Yap.
Terdahulu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah melanjutkan pembekuan kursus baharu perubatan merupakan persetujuan yang dicapai kerajaan pada 2011 bagi memastikan kualiti institusi perubatan sedia ada dipertingkatkan.
Menurutnya, ia juga bertujuan mengatasi kebanjiran bakal doktor yang akan menamatkan pengajian di 32 universiti awam selain lebih 360 program perubatan di 36 negara termasuk Myanmar, Republik Czech, Sri Lanka, Iraq, Rusia dan Ukraine.
Daripada 4,140 graduan perubatan yang menjadi doktor pelatih pada tahun 2015, seramai 2,195 orang merupakan penuntut universiti awam di negara ini manakala selebihnya dari universiti luar negara.
Pada 2013, seramai 4,991 graduan melaporkan diri sebagai doktor pelatih namun bilangannya berkurangan pada 2014 (3,860 orang) dan 4,140 orang pada 2015.
→ Seperti yang dibincangkan sebelum ini, menghadkan pengambilan pelajar perubatan dari dalam Negara adalah tindakan
yang paling tidak bijak dan paling tidak wajar kerana pelajar dari dalam Negara
adalah terdiri daripada pelajar miskin yang tidak mampu keluar Negara bagi
melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Malahan pelajar pelajar ini datang
dari keluarga susah tetapi amat cemerlang dalam pelajaran mereka. Mereka inilah
cream of the cream yang sangat patut diberikan peluang menjadi doktor atau
doktor pakar atau menjadi pemimpin sekalipun di kemudian hari kerana
kebanyakkan mereka bangkit bangun berjaya dari kesusahan. Mereka sangat
proaktif dan tidak mudah putus asa. Mereka bukan anak anak manja yang tidak
mahu membuat kerja apabila diarahkan oleh doktor pakar atau pengarah hospital
membuat on call di kawasan sukar lagi mencabar seperti kawasan pedalaman nanti.
Sebaliknya, kebanjiran bakal doktor yang akan menamatkan
pengajian di universiti swasta luar Negara selain lebih 360 program perubatan
di 36 negara termasuk Myanmar, Republik Czech, Sri Lanka, Iraq, Rusia, Ukraine dan
sebagainya belum tentu mereka datang dari keluarga susah yang terkenal tahan
lasak, kuat bekerja serta tidak mudah putus asa.
Di kalangan pelajar pelajar kaya dan manja serta kurang lasak, belum
tentu mereka terdiri dari cream of the cream dan boleh jadi juga keputusan
SPM mereka dari aliran sastera gred 3
atau 4 atau lebih teruk lagi, mereka mungkin tidak mempunyai SPM
langsung!!!
Amalan ini jelas menghina serta memperkecil sistem pendidikan dalam
Negara Malaysia iaitu memperlekeh serta mempersendakan kualiti pendidikan dalam
Negara yakni ujian SPM, STPM dll sebaliknya mengagung serta membesarkan sistem
pendidikan luar Negara lebih dari Negara sendiri. Tindakan ini serupalah dengan
perumpamaan “kera dihutan disusukan sedangkan anak sendiri dibiar mati kelaparan”.
Akibat selalu diulit kesenangan dan manja, ada antara mereka mungkin susah menerima arahan on
call atau menerima arahan bekerja jauh di pedalaman. Mereka mungkin gagal
menyelami kesusahan dan keperitan pesakit yang dirawat atau dalam erti kata
lain mereka yang manja ini kurang berkualiti dalam memberikan khidmat kesihatan
terbaik lagi mantap.
Justeru, amatlah penting serta kekalkanlah pengambilan pelajar
perubatan dari golongan mereka yang “pati dari segala pati” atau dari kumpulan
“yang terhebat serta terunggul daripada yang terbaik (cream of the cream)” dari
dalam Negara. Pelajar dari universiti swasta pula wajib menjalani tapisan halus
kualiti dan tapisan halus peribadi sama ada mereka betul betul layak dan boleh sanggup
berkorban bekerja pada bila bila masa dan tidak mengira tempat demi
kesejahteraan pesakit yang dirawat.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.