Total Pageviews

Friday, 22 September 2017

Antibiotik Konvensional



Antibiotik Konvensional


Ada banyak jenis antibiotik konvensional yang dijual di Klinik Swasta mahupun di Farmasi. Antara yang popular adalah Amoxicillin, Bacampicillin, Benzathine Penicillin, Benzylpenicillin, Cephalexin, Erythromycin, Tetracycline, Doxycycline, Chloramphenicol, Fusidic Acid, Gentamicin,  Metronidazole, Augmentin (Amoxicillin 500 mg & Clavulanate 125 mg Tablet), Ceftriaxone, Cefuroxime, Azithromycin dsbnya. Contoh antivirus pula adalah seperti acyclovir dan Nevirapine.  Antibiotik tidak boleh membunuh virus.


Pada masa dahulu, antibiotik mudah atau antibiotik kategori biasa sudah mampu membunuh bakteria.
Zaman sekarang, akibat penggunaan antibiotik yang sangat meluas dan terlampau kerap, maka kebanyakkan bakteria telah mampu mencipta sistem kekebalan atau rintangan walaupun terhadap antibiotik kelas terbaik yang digunakan oleh doktor anda.

Untuk atasi masalah kekebalan terhadap antibiotik maka, para doktor sekarang suka menggunakan kombinasi dua atau tiga antibiotik kelas terbaik untuk membunuh bakteria yang kebal terhadap antibiotik. Kos ubat sudah pasti meningkat yang akan mampu merabakkan poket anda.... tetapi pengusaha klinik atau farmasi mereka tersenyum sebab mereka mudah mendapat banyak wang..

Penggunaan dua atau tiga antibiotik serentak untuk membunuh bakteria yang kebal terhadap antibiotik juga bermaksud buah pinggang dan hati anda terpaksa bekerja lebih keras untuk meneutralkan antibiotik ini kerana antibiotik bersifat kimia kerana kebanyak antibiotik adalah dibuat secara sintetik sepenuhnya.

Justeru, penggunaan antibiotik semulajadi adalah lebih baik kerana ia murah dan lebih berkesan serta tiada masalah bakteria membina sistem kekebalan terhadap sesuatu antibiotik.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.