Total Pageviews

Wednesday, 6 September 2017

Lambakan Doktor Di Malaysia


Lambakan Doktor Di Malaysia


Lambakan Doktor Di Malaysia sekarang telah sampai ke status kritikal di mana terlampau banyak doktor berada dalam Malaysia sehingga Pegawai Perubatan Siswazah atau housemen terpaksa menunggu sangat lama barulah mereka dapat peluang untuk bekerja di Hospital Kerajaan. Sekiranya diterima bekerja pula, doktor ini ada yang diserap ke jawatan tetap KKM dan ada pula yang diambil bekerja secara kontrak bergantung kepada prestasi penilaian di bawah pengawasan pakar berkaitan semasa housemen.





Adakah keputusan menghadkan pengambilan pelajar Perubatan belajar di Universiti Awam Tempatan adalah tindakan yang Bijak?

Ini tidak patut dilakukan kerana dalam masa yang sama, Bilangan Pelajar Perubatan yang belajar di universiti perubatan atau kolej perubatan di luar Negara langsung TIDAK dihadkan.

Kita khuatir kerana ada universiti luar negara yang mengutamakan keuntungan lebih daripada kelayakan pelajar atau merit pelajar.

Oleh sebab itu, ada pelajar dari aliran sastera dan memiliki gred SPM pula bukan dari gred satu sebaliknya gred 3 atau gred 4 SPM diterima masuk belajar dalam universiti atau kolej perubatan swasta luar Negara.

Mereka mungkin diluluskan oleh pihak kolej / universiti selepas lama belajar melebihi 15 tahun sedangkan masa purata pelajar perubatan menamatkan kursus adalah antara 4 setengah atau 5 tahun sahaja. Dikhuatiri kita akan mendapat doktor perubatan yang tidak berkualiti dari pelajar bergred SPM 3 atau SPM 4 ini.

Namun, disebabkan oleh ibu bapa yang mampu membayar wang dalam jumlah yang banyak, mereka dimasukkan ke kolej dan menjadi doktor yang kurang berkualiti. Kita telah jelas diajarkan oleh Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Dr. P. Ramlee dalam filemnya “Anakku Sazali” bahawasanya sebagai ibu dan bapa, kita mesti bertegas dan tidak berkompromi sekiranya orang yang paling kita sayang sekalipun, yakni jika anak kita sendiri membuat kesalahan, ia wajib dihukum.

Menghadkan ambilan pelajar dalam Negara ke Universiti tempatan dalam bidang perubatan juga akan menjejaskan peluang pelajar genuine yang benar benar berkualiti untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Menghadkan ambilan pelajar dari dalam Negara masuk ke Universiti tempatan dalam bidang perubatan dilihat merugikan Negara kerana Negara akan kehilangan tenaga bakal bakal doktor yang berkualiti seperti tidak mudah patah semangat, tidak mengharapkan orang lain menyelesaikan tugasan, tidak berkira, boleh diharap atau boleh dipercayai, rajin, kuat berusaha, sanggup berkhidmat walaupun kesihatan diri sendiri terjejas, selalu menyelami dan berjaya memahami perasaan dan kehendak pesakit, berintegriti, sentiasa mengemaskini pengetahuan atau cara amalan terkini yang dikeluarkan oleh MMC atau KKM, bertanggungjawab tinggi dan berbagai lagi kualiti yang baik dan terpuji yang patut ada pada seseorang Pegawai Perubatan.

Justeru, pengambilan pelajar perubatan genuine (cream of the cream) dari dalam Negara jangan dihadkan sebaliknya diperbanyakkan. Manakala pengambilan pelajar lulusan luar Negara atau dari universiti swasta dari dalam atau luar Negara sangat perlu dibuat tapisan kualiti.


Tapisan kualiti sangat senang dilakukan iaitu dengan melihat keputusan peperiksaan SPM atau STPM setiap pelajar tersebut. Mana mana housemen yang mempunyai keputusan SPM atau STPM yang kurang memberangsangkan wajib mengambil peperiksaan akhir MBBS atau MD dari universiti UKM atau UM sebelum mereka boleh membuat sebarang amalan perubatan di tanah air.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.