ISU TABLET
PARACETAMOL MENGANDUNGI VIRUS “MACHUPO” YANG TERSEBAR LUAS DI LAMAN SOSIAL
Kenyataan ini dikeluarkan susulan
daripada penularan mesej di laman sosial berkaitan tablet paracetamol P/500,
warna putih berkilat yang dikatakan mengandungi virus ‘Machupo’.
Produk P/500 (Aeknil) tablet
berwarna putih yang disebarkan melalui media sosial tidak berdaftar dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan adalah berbeza dengan produk Aeknil
Tablets yang didaftarkan.
Produk Aeknil Tablet yang
berdaftar dengan KKM mengandungi bahan aktif paracetamol 500mg dengan nombor
pendaftaran MAL19911249XZ untuk indikasi “For the relief of mild to moderate
pain and reduce fever”.
Tablet yang didaftarkan berwarna
biru, berbentuk bulat dengan diameter ½ inci dan mempunyai perkataan aeknil
atau therapeutic pada permukaannya. Untuk makluman, KKM juga tidak menerima
sebarang laporan alert berkenaan pencemaran paracetamol dari pihak berkuasa
negara pengilang atau negara-negara lain setakat ini.
Virus “Machupo” dikelaskan dalam
kumpulan virus Arenavirus yang boleh menyebabkan demam berdarah.
Buat masa ini, virus berkenaan
hanya ditemui di Amerika Selatan. Ia tersebar melalui air kencing atau najis
tikus yang telah dijangkiti.
Seperti kebanyakan virus yang
lain, virus ini tidak boleh hidup dalam persekitaran yang kering seperti tablet
paracetamol.
Orang awam dinasihatkan supaya
tidak mempercayai berita atau mesej yang belum tentu kesahihannya.
Orang ramai diminta untuk
memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ia mempunyai
pelekat hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran MAL.
Semakan status pendaftaran
sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang https//:npra.moh.gov.my atau
menghubungi NPRA di talian 03- 78835400.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.