Godam akaun bank pelanggan pakai perisian
pasaran gelap
KUALA LUMPUR – Hanya berbekalkan perisian pasaran gelap dan nombor
kod rahsia keselamatan, seseorang individu atau kumpulan penjenayah siber sudah
boleh menggerakkan kegiatan haram mereka untuk mencuri wang milik pelanggan
bank sehingga berjuta-juta ringgit.
Menurut Presiden Gerakan Belia Teknologi Informasi, Khaireel Azlee
Abdul Aziz, perisian untuk memecah masuk sistem keselamatan bank itu boleh
dibeli daripada beberapa komuniti penggodam laman web pada harga RM2,000.
Katanya, komuniti penggodam laman web yang menjalankan kegiatan
haram itu akan menghantar perisian itu menerusi platform internet yang sukar
dikesan oleh pihak berkuasa.
Bagaimanapun, katanya, bukan sebarang individu yang boleh
mendekati atau berhubung dengan komuniti penggodam laman web yang terdiri
daripada rakyat tempatan dan asing melainkan mereka merupakan kumpulan
penjenayah siber.
“Selepas mendapat perisian ini, kumpulan penjenayah siber perlu
memperoleh nombor kod rahsia keselamatan bank daripada ‘orang dalam’ seperti
kakitangan bank atau individu yang menyediakan sistem keselamatan bagi syarikat
perbankan.
“Dengan adanya perisian pasaran gelap dan nombor kod ini, barulah
kumpulan penjenayah itu memecah masuk sistem keselamatan bank dan memindahkan
wang ke akaun tertentu,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.