Total Pageviews

Saturday 11 February 2017

alat pemanas di bilik air meletup

alat pemanas di bilik air meletup


Kuala lumpur: Sebuah unit kondominium di Bukit Kiara Estate, di sini, retak 70 peratus akibat letupan alat pemanas di bilik air, di sini, hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Ruhisha Haris berkata, pihaknya menerima panggilan awam memaklumkan kejadian, jam 9.01 pagi.
Katanya, lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dan BBP Hang Tuah bersama dua jentera dikerahkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi didapati berlaku kejadian letupan alat pemanas air di bilik air kediaman terbabit.
"Kesan letupan terbabit menyebabkan dinding kediaman berkeluasan 111 meter persegi retak 70 peratus.
"Anggota berjaya membawa keluar lelaki warga asing yang menghuni kediaman dalam keadaan selamat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 6:37 PM

 

Alat pemanas di bilik air meletup

KUALA LUMPUR: Sebuah kondominium di Mont Kiara di sini, rosak teruk berikutan alat pemanas dalam bilik air meletup. Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, seorang lelaki warga Britain yang menghuni rumah itu selamat dan tidak mengalami kecederaan. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penguasa Kanan Bomba I Ruhisha Haris, berkata dua jentera dari Balai Bomba Sri Hartamas dan Balai Hang Tuah dengan lapan anggota digerakkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.01 pagi. Beliau berkata, mangsa yang mendiami unit di tingkat 11 kondominium berkenaan berada di ruang tamu dan terkejut apabila mendengar bunyi letupan dari bilik air sebelum mendapati struktur berkenaan rosak teruk. "Kediaman itu mempunyai tiga bilik dan jarak mangsa dengan bilik air ketika itu kira-kira empat meter. "Anggota yang tiba di lokasi segera menutup injap saluran gas dan suis elektrik bagi mengelak keadaan lebih buruk," katanya di sini, hari ini. Beliau berkata, siasatan Unit Forensik bomba mendapati letupan berpunca daripada alat pemanas dalam bilik air. Katanya, kesan letupan turut mengakibatkan kemusnahan 70 peratus pada struktur dinding rumah berkenaan, manakala bilik air rosak teruk. "Kita sudah melaporkan kejadian kepada Suruhanjaya Tenaga Malaysia dan tindakan seterusnya diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan terbabit," katanya.




No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.