Total Pageviews

Wednesday, 15 February 2017

khasiat-air-ketum


Sebenarnya Institut PenCegahan Kanser Negara Belum lagi ada ujud di Malaysia. Yang ada adalah Institut Kanser Negara kat sebelah Hospital Putrajaya berhadapan dengan stesen keretapi laju nak ke KLIA / KLIA2...

Jadi malaun mana la agaknya yang buat buat cerita ni...Pergh... siap ada percentage lagi..




IKN tiada kaitan penyebaran maklumat khasiat daun ketum anti kanser


PUTRAJAYA: Institut Kanser Negara (IKN) hari ini memaklumkan tidak terbabit dengan penyebaran maklumat berhubung isu daun ketum sebagai anti kanser yang tersebar melalui media sosial.
IKN melalui kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan berkata, kandungan maklumat itu jelas tidak membabitkan aktiviti serta perkhidmatan di IKN.
Menurut kenyataan itu, penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial WhatsApp berhubung isu ranking daun ketum sebagai pencegahan anti kanser dikesan berlaku dan merujuk 'Institut Pencegahan Kanser' sebagai pihak yang mengumumkan perkara berkenaan.
"Maklumat yang disebarkan adalah tidak diketahui kesahihannya kerana tiada sumber rujukan yang dinyatakan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA



KENYATAAN AKHBAR PENYEBARAN MAKLUMAT MENERUSI APLIKASI MEDIA SOSIAL “INSTITUT PENCEGAHAN KANSER MENGUMUMKAN RANKING DAUN KETUM ANTI KANSER”

Satu penyebaran maklumat menerusi aplikasi media sosial iaitu whatsapp berhubung isu ranking daun ketum sebagai pencegahan anti kanser dikesan telah berlaku. Maklumat yang disebarkan adalah tidak diketahui kesahihannya kerana tiada sumber rujukan yang dinyatakan. Maklumat turut merujuk “Institut Pencegahan Kanser” sebagai pihak yang mengumumkan maklumat tersebut. Sehubungan itu, pihak Institut Kanser Negara (IKN) dengan ini mengesahkan penyebaran maklumat tersebut tiada kaitan dengan IKN dan kandungan maklumat tersebut jelas tidak melibatkan aktiviti serta perkhidmatan di IKN.

PENGARAH INSTITUT KANSER NEGARA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


16 MAC 2015



khasiat-air-ketum

Institut Pencegahan Kanser Negara mengumumkan ranking daun ketum anti kanser.
1) daun ketum urat hijau 46.5%
2) daun ketum jenis urat merah 37.6%
3) daun jenis halus 35,4%
4) daun ketum bawal 34.7%
5) daun ketum ekor babi. 32.9%
6) daun ketum ekor kura. 29.8%
7) daun ketum hitam. 23.8%
Tips utama:
Semua daun ketum mengandungi kolagen, terutama daun ketum kuning sebagai yang paling banyak. Sedangkan bahan anti-kanser paling popular adalah jus ketum panas tanpa gula.
Penemuan resepi baru dari negara China: bagi yg berpenyakit diabetes tidak usah bersusah-payah pergi berubat dengan doktor lagi. Cukup dgn mem’blender’ 12 helai daun ketum panjang yang dicampur 1 daun ketum urat merah. Minum 2x sehari.
Silakan periksa kadar gulanya keesokan hari, dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yang membuktikan, ia mujarab tanpa perlu berpantang makan lagi.
Masyarakat kampung menggunakan daun ketum untuk membantu pertambahan tenaga atau mengembalikan kesegaran selepas penat dan kuat berkerja. Ia boleh dimakan secara segar seperti mengunyah daun sirih.
Daun ketum yang dikeringkan dan direbus boleh digunakan untuk mengembalikan tenaga batin.
Selain daripada dikunyah segar, rebusan daun yang kering juga digunakan sebagai tonik untuk menghilangkan rasa lesu selepas berkerja, lenguh-lenguh, radang, kejang otot sakit-sakit sendi dan lelah.
Rebusan daun kering dan akarnya pula boleh digunakan bagi melegakan penyakit darah tinggi dan kencing manis.
Petuanya:
Jangan petik bahagian pucuk. Petiklah daun-daun yang terdapat sebelum pucuknya.
Daun di pucuk khasiatnya kurang power kerana ia daun baru. Selepas dipetik, masukkan daun-daun tadi ke dalam periuk dan dibasuh dengan bersih.
Ramas daun ketum sehingga menjadi cebisan yang kecil agar kandungan nutriennya senang diserap.
Rebus daun ketum itu, tetapi jangan direbus dengan air yang banyak. Biar pekat. Lagi pekat airnya lagi piau (power).
Selepas 2 jam dimatikan api.
Biarkan rebusan itu sejuk sebelum ditapis.
Minum airnya, tetapi jangan berlebihan.
Air ketum tidak boleh disimpan melebihi 3 hari.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.