Tip
naik Kenderaan Awam
Apabila
musim cuti sekolah, kita semua pasti suka bersiar siar membawa keluarga….Tetapi
adakah kita sedar, adakah udara yang disedut dalam komuter, kapalterbang,
keretapi, bas, teksi itu selamat dan sihat untuk kita dan ahli keluarga anda ? Selain
itu, serupa juga, adakah kita sedar, adakah udara yang disedut dalam pasaraya
itu selamat dan sihat untuk kita dan ahli keluarga anda ?
Idealnya
100 peratus udara dalam kenderaan atau banagunan sepatutnya diganti sepenuhnya
dengan udara segar dari luar! Tetapi perkara ini tidak berlaku kerana selalunya
untuk menjimatkan elektrik 80 peratus udara sejuk dalam kenderaan atau bangunan
akan dikitar semula. Untuk lebih menjimatkan elektrik, sebanyak 95 atau 98% udara dalam kenderaan atau bangunan akan
dikitar semula dalam kenderaan/bangunan tersebut…
Oleh
itu, sekiranya terdapat seseorang yang masih belum dirawat sepenuhnya untuk
penyakit yang disebarkan melalui udara seperti batuk kering ( Klik.Airborne-Diseases
) adakah anda selamat?
Untuk
memastikan udara itu selamat terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan
oleh penyedia atau pengendali/empunya kenderaan awam atau empunya pasaraya.
1. Memasang
High Efficiency Particulate Air Filter (HEPA) Filter.
2. Mengambil
seberapa banyak udara segar dari luar masuk ke dalam Komuter atau Pasaraya.
3. Memastikan
HEPA Filter diganti apabila telah luput tarikh!
Apa
yang anda boleh lakukan sebagai pengguna?
1. Anda
memakai topeng muka N95 atau N100.
2. Tanya
kepada syarikat berkenaan adakah mereka telah memasang HEPA Filter dalm
kenderaan mereka.
3. Adakah
HEPA Filter diganti menurut tarikh ia sepatutnya ditukar. Kos HEPA Filter
adalah mahal. Justeru, adakah syarikat pengangkutan, pasaraya, hotel berkenaan
benar benar komited dalam penjagaan kesihatan orang awam seperti anda dan
keluarga?
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.