Total Pageviews

Tuesday, 28 February 2017

Tip pi kenduri





Tip pi kenduri


Apabila musim cuti sekolah, kita semua tak lepas dari jemputan makan kenduri kawen, tahlil dsbnya. Kalau selepas hari raya, ada pula dibuat majlis reunion, jamuan raya dsbnya….

Tapi kita perlu beringat untuk menjaga makanan yang dimakan kerana pada hari ini, banyak sekali penyakit berpunca dari apa yang anda makan… Adakah anda ingat beberapa orang yang telah meninggal dunia selepas makan kenduri di Sungai Petani Kedah tak lama dahulu? Sudah menjadi kebiasaan kita di Malaysia segala berita sensasi tersebut yang baik sekali untuk jadi pengajaran serta ikhtibar, hanya hangat hangat tahi ayam sahaja. Masyarakat cenderung melupakan peristiwa penting yang telah meragut nyawa itu dalam masa yang singkat sahaja! Malah, ramai antara kita masih bersikap sambil lewa dalam aspek penjagaan dan pengambilan makanan bersih, sempurna dan selamat untuk dimakan. Mikroorganisma patogenik yang menyebabkan kematian dalam majlis kenduri tersebut adalah Salmonella Paratyphi B Varian Java.



Justeru itu, eloklah kita amalkan beberapa tips untuk kesihatan dan kesejahteraan tuan tuan serta ahli keluarga apabila makan di mana sahaja selain kenduri dan seumpamanya:


Patut anda lakukan:
1.    Amalkan makan seawal mungkin seboleh bolehnya sebelum pukul 12 tghri – Makanan yang telah lama mungkin mengandungi berbagai bakteria berbahaya dan cukup masa untuk bakteria berkembang biak dan menyebarkan penyakit.
2.    Kalau boleh, bawa pinggan anda sendiri selalunya pinggan anda sendiri adalah jauh lebih bersih dari pinggan pihak catering. Bayangkan hanya ada 2 atau 3 pekerja saja untuk membasuh ribuan pinggan sudah tentu sabun bilasan mereka tidak dibilas dengan sempurna. Sabun yang tertinggal di pinggan mungkin ada membawa kesihatan tidak baik kepada anda untuk jangka panjang! Pusat Racun Negara USM dalam lamannya telah memperakui bahawasanya detergent bersifat karsinogenik iaitu boleh menyebabkan kanser sekiranya termasuk dalam sistem badan anda!
a.    Sebab lain kerana anda tidak tahu siapa yang menggunakan pinggan tersebut sebelum anda… adakah si dia berpenyakit berjangkit spt hepatitis B, Batuk Kering, HIV dsbnya? Tidak seperti di Negara Barat, pesakit penyakit berjangkit di Malaysia masih malu dan berstigma tinggi untuk mengakui mereka ada penyakit boleh berjangkit seperti HIV, Batuk Kering atau Hep B dsbnya.
b.   Pihak katering juga akan lebih seronok kerana beban kerja mereka membasuh pinggan telah diringankan selain menjimat masa dan dapat menjana lebih keuntungan.
3.    Kalau boleh, bawa cawan anda sendiri Alasan serupa seperti pinggan.  Untuk memastikan atau menguji samada cawan anda telah dibilas dengan sempurna dan bebas detergent karsinogenik → Jangan minum air bergula, sebaliknya minum air jarang dan anda boleh merasakan sabun sekiranya lidah anda masih sensitif. Air bergula atau bersusu akan memudarkan rasa sabun dalam cawan tersebut (masking effects)!
4.    Jangan lupa bersedekah kepada tuan punya majlis kahwin.
5.    Sekiranya anda tuan majlis Walimah, jangan terlalu mengharapkan sedekah dari para tetamu. Sebaliknya berilah tetamu makan dengan sebaik baiknya dan seikhlas anda.

Jangan anda Buat

1.    Jangan makan lewat petang: telah ada cukup masa untuk segala bakteria patogenik berkembang biak dan meracun anda.
2.    Jangan makan atau minum dalam bekas plastik atau polistirene – bahaya zat phthalate dan dioxin dari plastik boleh meracun anda secara perlahan lahan.
3.    Jangan minum air berpewarna atau berperisa tiruan – tidak diketahui kesannya kepada anda untuk tempoh jangka panjang.
4.    Jangan makan telur sekiranya kulit telur masih ada kesan najis ayam → Bakteria Salmonella Enteritidis mungkin telah berkembang biak dan boleh meracuni anda.
5.    Jangan makan makanan yang tidak bertutup dan telah dicemari lalat lipas, tikus dsbnya.
6.    Jangan makan bertambah dan secara berlebih lebihan.


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.