Total Pageviews

Saturday 11 February 2017

SUSPEK UTAMA CURI DUIT MAYBANK DITAHAN POLIS

SUSPEK UTAMA CURI DUIT MAYBANK DITAHAN POLIS


Kuala Lumpur, 10 Febuari 2017 - Polis menahan seorang lelaki berusia 43 tahun yang merupakan dalang kes curi wang milik Maybank Berhad di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur semalam.
Satu sumber berkata, suspek yang bekerja sebagai setiausaha untuk sebuah badan pengurusan pangsapuri di kediaman miliknya di Bangi, Selangor ditahan selepas dia datang untuk menyerah diri di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urus Setia Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik mengesahkan mengenai tangkapan itu.

Lelaki terbabit merupakan dalang kegiatan memanipulasi kemudahan e-dagang sebelum bertindak memindahkan wang milik Maybank ke dalam akaun peribadi miliknya.


Sumber : KOSMO



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.