Total Pageviews

Thursday, 19 January 2017

Yacon ubi ajaib



Aku diperkenalkan dengan Ubi Yakon ini oleh kawan ku... seorang Cina. Katanya ubi ini sangat berkhasiat dan elok juga untuk pesakit kanser....
Aku baru saja membelinya di pekan Brinchang kat Cameron Highland semalam... Bila makan memang sedap dan boleh berangan. Jusnya sangat menyegarkan walaupun tak manis. Di samping ubi ini aku juga membeli ubi karot segar masih ada daunnya yang ditanam di Cameron Highland... Ubi karot Cameron Highland lebih kecil dari ubi karot Australia atau China.. Namun demikian, rasanya lebih sedap sebab lebih segar kot... Aku membelinya untuk dibuat jus karot tapi aku makan begitu saja selepas dikupas kulit.






Nama ubi ajaib ni adalah YACON atau sebutan dia Ya-Kon

Yacon atau dikenali sebagai ubi ajaib ni adalah:-
-sejenis tumbuhan ubi yg mempunyai nilai khasiat yg sangat tinggi.
-sudah lama popular sebagai makanan sihat di negara Jepun dan negara2 Amerika serta di Eropah.
-mengandungi oligofruktosa yg sangat tinggi dan dapat mengurangkan darah bergula tinggi dan darah berlemak tinggi.
-byk mengandungi serat fiber makanan yg baik sekali utk sistem penghadaman manusia & mempertingkatkan sistem pertahanan badan kita.
-isi ubi Yacon berjus, sedap dan unik.
-kandungan jenis karbohidrat dlm ubi yacon tidak dapat diserap oleh badan manusia. Tambahan pula ia mengandungi kalori yg sangat rendah justeru ia sesuai dimakan oleh pesakit2 kencing manis dan mereka2 yg ingin mengurangkan berat badan.
-dapat memperbaiki keadaan dan tahap probiotik dalam usus sistem penghadaman manusia.
-dapat mengurangkan masalah sembelit......

Aku mmg suka ngan ubi ajaib ni. Bila makan mmg mcm makan sengkuang tp rasa dia lebih sedap dari sengkuang.
Peniaga tu kata....leh jugak dimasak sup. Tapi aku lebih suka makan fresh cenggini lepas dh kupas kulit dia. Mmg sangat juicy!!! Tp adik aku kata ada rasa2 mcm buah pala pulak, huhu.
Kalo sesape tingin nk makan buah ajaib ni kena ler gi naik CH cari....tp setakat ni aku cari kat area KEA FARM dan pasar malam Brinchang mmg tak jumpa. Kena ler singgah Ringlet (kalo melalui Tapah) dan kena turun sampai ke Ringlet (kalo guna jalan dari Spg Pulai) dan takde masalah utk orang yg nk ke Pahang ikut laluan Sg. Koyan sbb memang lalu punyalah Ringlet ni kalo nk ke CH, hehe..

Kalo tgk kat info dlm gambar tu...ubi Yacon yg aku beli ni mmg ditanam di CH.



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.