SIJIL mbbs, degree, masters & PHD PALSU
Sijil
palsu Memang ujud. ia adalah cara mudah untuk mendapatkan pekerjaan dalam masa
yang sama menutup peluang para mereka yang layak dan juga menurunkan kualiti
sesuatu pekerjaan dengan sangat drastik sehingga mungkin boleh mengakibatkan
kematian seseorang pengguna
UPDATE 29 SEPTEMBER 2016 : Hari ini kita
telah digemparkan dengan berita yang kononnya seorang pakar motivasi yang kini cukup popular dengan Seminar Marketing
Power yang disertai
dengan ribuan orang tu rupa-rupanya adalah palsu.
Pihak
Universiti Malaya menyataka bahawa mereka tak pernah pun menganugerahkan
gelaran Ijazah Kehormatan Doktor Keusahawanan kepada beliau dan perkara ini
telah diakui sendiri oleh pihak Universiti Malaya di laman facebooknya sendiri.
Kita mungkin dah biasa dengan cerita pasal
lesen kopi, tapi sijil kopi pernah dengar tak? Kalau tak tau, amalan membeli sijil
ciplak ni memang dah lama bertapak di Malaysia, tak kiralah
untuk sijil SPM, diploma, mahupun ijazah.
Baru-baru
ni The Star ada melaporkan kisah tentang seorang lelaki (yang kita akan
panggil sebagai Dr Ciplak) yang berjaya menjadi ahli
seumur hidup dalam salah satu organisasi farmasi paling berprestij di negara.
Dr Ciplak bahasakan diri dia sebagai “Datuk Seri Dr” (tahap Dr. Mahathir
sebelum jadi Tun), serta ahli kepada Malaysian
Pharmaceutical Society (MPS) walaupun tak berdaftar sebagai
seorang farmasis dengan Kementerian Kesihatan.
Selain tu, Dr Ciplak jugak mengaku yang dia
memang kamceng dengan Kementerian Kesihatan dan organisasi-organisasi kat
negara lain, sejak umur 28 tahun lagi!
“Organisasi yang kami
hubungi, termasuklah di United States dan India, samada menafikan menerima dia
ataupun telah menerima tanpa menyedari yang
dokumen dan maklumat yang dihantar adalah palsu. Setelah menyemak dengan Majlis
Perubatan Malaysia, satu daripada persatuan perubatan menamatkan keahliannya
kerana dia bukanlah seorang doktor yang tulen.” – Seorang mangsa Dr Ciplak, dipetik dari The
Star.
Mangsanya
turut risau akan berapa banyak lagi golongan profesional yang ada kat luar sana
dengan sijil palsu.
Masalah sijil palsu di Malaysia?
Pada
tahun 2012, polis Selangor kata mereka tengah carik 525 orang
pembeli sijil palsu yang berurusan dengan sebuah sindiket yang dikatakan
wujud sejak 2003 lagi! Apa yang lebih buat kami lagi
risau adalah… degree medic pun
turut dijual.
Takut seh…
kalau doktor pun takde diiktiraf dan tak tau dari mana datangnya, apa
jadik kalau mereka bagi diagnosis dan ubat-ubatan yang salah?
Golongan yang dapat kerja menggunakan sijil
palsu ni boleh dikatakan merampas
peluang pekerjaan tersebut daripada orang yang layak. Malah menurut
satu kolum kat MalaysiaKini, ada yang guna PhD palsu untuk mengajar di
universiti, dan melatih lepasan ijazah akan cara-cara nak apply geran untuk
research. Sudahnya, ilmu tak dapat, duit pun habis.
Selain
daripada sijil akademik palsu, kita jugak ada kes MC palsu dan sijil nikah
palsu. Tapi tak boleh lawan sorang ni yang ada sijil palsu mengatakan dia penah dikesatriakan
oleh Ratu England!
Kami cuba beli sijil palsu ni
Kami
cuba dapatkan duia jenis sijil:
1. Ijazah kepujian
dari Universiti Kebangsaan Malaysia
Bila
kami tengok website phonydiploma.com, tengok rupa lagi
retro daripada Windows 95. Tapi website yang hambar jangan disangka tidak
berfungsi, sebab website ni memang complete dengan page seperti apa yang mereka
jamin, apa yang mereka tak boleh buat, dan testimoni pelanggan.
Dan jangan
terkejut kalau website ni ada senarai
universiti tempatan termasuklah
Multimedia University (MMU) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM)! Kami
mintak contoh ijazah dari UKM, dan ini yang kai dapat. Siap dengan tarikh boleh
dihantar dan cara-cara pembayaran lagi, profesional sungguh.
Ikut hati nak jugak beli sekotak dua, tapi
bila tengok harga…. USD450
sekeping (lebih
kurang RM 1700 kot)! Ini harga yang mereka bagi kat email, walaupun kat website
kata USD275, yang masih kami tak mampu.
Tapi
didorong dengan semangat Belilah Barangan Tempatan, kami cuba carik tauke
sijil ciplak dekat-dekat sini jugak.
2. Sijil SPM
Kami
jumpa satu website yang meletakkan emel dan daripada
emel kami dapat nombor telefon. Ini perbulan kami melalui WhatsApp:
Walaupun menjual sijil palsu, brader ni agak
professional la. Dia bagitau kami awal-awal yang sijil SPM palsu ni RM600
sekeping, dan besar kemungkinan korang takkan dapat kerja gomen, dan kalau
korang takut kena tipu tak perlu guna servis dia.
Harga
tak boleh ditawar dan caj penghantaran adalah percuma ke seluruh Malaysia.
Dia dah buat bisnes ni sejak 2012 lagi tau.
Oleh kerana RM600 terlalu banyak, dah la
belanja Raya dah dekat, jadi kitorang tak beli apa-apa sijil. Tapi ini memang
menunjukkan betapa senangnya nak dapat sijil SPM, diploma, ataupun ijazah kat
malaysia ni.
Kalau
dah senang sangat, kenapa gomen tak buat apa-apa terhadap tauke sijil ni semua?
Sebabnya ialah…
Memiliki sijil palsu bukanlah satu jenayah!
Pada
tahun 2013, MP Serdang, Ong Kian Ming bertanyakan akan usaha yang
dibuat gomen kepada pemegang sijil palsu ni semua. Dan ini jawapan
daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri.
“Kalau dia nak gantung
ijazah tu kat rumah dan tayang, buat kegunaan peribadi, apa boleh kita buat?
Kalau kita nak ambil tindakan kita kena tulis undang-undang baru.” – Datuk
Seri Shahidan Kassim, dipetik oleh The
Malay Mail Online.
Setakat ni, mana-mana penjawat am yang ditangkap memiliki sijil
palsu akan dipecat serta-merta. Tapi selain daripada tu, kita
TIADA sebarang undang-undang berkenaan pemegang sijil palsu.
Kalau takde undang-undang, macam mana nak halang orang
daripada carik kerja guna sijil palsu?
Menurut
kolum di MalaysiaKini yang kami sebutkan tadi, setakat ni komuniti akademik di
Malaysia masih takde sebarang cara untuk menentukan samada satu-satu sijil tu
sah ke tak.
“Dalam kes ini, komuniti
akademik bergantung kepada prinsip ‘mempercayai’ tentang ketulenan ijazah
seseorang dan apa yang mereka nyatakan dalam resume masing-masing.” – Concerned
Civil Servant, ditulis
di MalaysiaKini.
Bila
dilihat dnegan laporan tentang Dr Ciplak yang berjaya diterima oleh
Persatuan Farmasutikal Malaysia serta Bursa
Malaysia yang menyaman seorang pengarah yang memegang sijil palsu,
nampak gayanya industri lain turut terkena. Dah tu, macam mana nak pastikan
majikan tak ambil pemegang sijil palsu?
AsiaOne mencadangkan dua cara paling selamat
iaitu dengan menelefon universiti
dan tanya dua benda:
1. Samada dia
betul-betul belajar kat uni tersebut atau tak
2. Samada dia berjaya
graduate atau tak
Tambah
The Guardian, sijil palsu ini boleh menghancurkan kerjaya dan hidup peribadi
pemegang sijil itu sendiri:
“Kesemua pakar industri
bersetuju yang memalsukan pencapaian akademik ni bagaikan bom yang sedang
berdetik, tak tahu bila ia akan meletup. Ia mungkin berlaku bila anda mula-mula
mengaku akan kelayakan tersebut, atau ia mungkin memakan masa bertahun-tahun
sebelum ianya meletup di muka – musnah bersama kekayaan dan reputasi
anda.” – Kolumnis David Williams, The Guardian.
Akhir
kata, guna sijil palsu ni mungkin boleh dapatkan korang kerja bila terdesak.
Tapi untuk jangka masa panjang, berbaloi ke? Pilihan di tangan korang.
Memperdaya pihak lain dengan
menggunakan sijil palsu adalah jenayah dibawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan. Contoh apply kerja dgn sijil
palsu.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.