Doktor perubatan swasta didenda
RM20,000
Masa sekarang bolehkah kita percaya
kepada integriti dan kredibiliti doktor kerana telah banyak kisah kisah doktor
yang tidak diterima akal kerana melakukan perkara perkara yang tidak
sepatutnya! Kerjaya doktor perubatan satu masa dahulu adalah kerjaya noble dan
penuh tanggungjawab. Doktor di zaman dahulu merawat dengan tanggungjawab dan
kasih sayang. Apa terjadi kepada doktor di zaman sekarang? Ke mana perginya
slogan ‘live to serve’? Kemana
dihumban Hippocratic Oath? Kenapa berduyun duyun doktor pakar berhijrah ke
Sektor Swasta lalu mereka sanggup meninggalkan pesakit pesakit miskin dan tidak
mampu di hospital hospital kerajaan yang tidak sanggup membayar mahal?
Johor
Bahru: Doktor perubatan swasta didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini,
hari ini terhadap tuduhan mengambil pekerja bukan pengamal perubatan sebagai
doktor di klinik di Taman Universiti, Skudai, Januari lalu.
Hakim
Elisabet Paya Wan menjatuhkan hukuman itu selepas Dr N Gunatheesan, 68, mengaku
bersalah terhadap tuduhan dihadapinya.
Mengikut
kertas tuduhan, tertuduh yang juga pemilik klinik itu didakwa mengambil
pekerja, Jogindar Singh Parkash Singh, 68, yang bukan pengamal perubatan
berdaftar mengikut Akta Perubatan 1971 (Akta 50).
Tertuduh
didakwa melakukan perbuatan itu di No 16, Jalan Kebudayaan 1, Taman Universiti,
Skudai, 12.30 tengah hari 18 Januari lalu dan didakwa mengikut Perenggan
31(1)(C), Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta
586) yang boleh dihukum mengikut Subseksyen 31(3) akta sama.
Sebelum
hukuman dijatuhkan, tertuduh yang diwakili Datuk K Kumaraendran memohon hukuman
ringan dengan alasan tertuduh sendiri tidak tahu bahawa Jogindar bukan doktor.
Mahkamah
turut memerintahkan tertuduh dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda.
Pendakwaan
dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan Malaysia Nurul
Khairiyah Samsudin.
Pada
18 Februari lalu, Jogindar turut didakwa di mahkamah dan dijatuhkan hukuman
denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana menipu pesakit di klinik
berkenaan sejak dua tahun lalu.
Tertuduh
mengaku bersalah menipu pesakit di Klinik Theesan dengan menyamar sebagai
Doktor Ashok bagi memperdayakan pesakit supaya mempercayai dia doktor.
Warga emas itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di
klinik itu antara 2014 hingga 18 Januari lalu.
Artikel ini disiarkan Khamis, 24 November 2016
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.